Wednesday 28 November 2012

Common Sense


Hidup umpama satu perjalanan yang singkat dan dunia ini hanyalah perhentian bagi kita menambah bekalan agar kita dapat meneruskan pengembaraan. Tidak ku sangka, hari itu tidak seperti hari yang lain. Siapa sangka, satu insiden dapat mengubah perspektif diriku ke areah yang lebih positif. Seperti biasa, aku memulakan perjalanan dari Melaka untuk berjumpa dengan keluargaku. Kini aku akan ke Kuala Lumpur, kerana keluargaku mempunyai urusan yang penting di sana. Perjalanan yang agak singkat, tetapi telah member inspirasi umpama diriku telah hidup seribu tahun. Setibanya aku di TBS, aku diarahkan oleh akakku untuk menaiki LRT ke KLCC, kerana keluarga kami menetap berhampiran di sana.

Di dalam LRT, aku hanya berdiri, memerhatikan gelagat manusia. Ada yang baru pulang daripada kerja dalam keadaan yang penat, ada yang sedang membaca akhbar tempatan dan ada juga yang hanya ingin bersiar-siar. Mungkin ingin melepaskan tekanan atau berjumpa dengan orang yang disayangi, walau tiada ikatan yang sah. Mataku tertumpu pada seorang ibu yang sedang mengendong anak kecil yang sedang mengenakan pakaian bewarna merah jambu, perempuan barang kali. Aku perasan, ada juga dua pasang anak mata merenung tajam kearah perempuan itu. Pasangan berbangsa india yang berada dalam lingkungan awal 30-an itu sedang berbincang dan tersenyum. Pasangan itu bangun dan mempelawa ibu tersebut untuk duduk. Aku tersenyum.

Situasi ini mungkin pernah berlaku pada semua. Dalam LRT tersebut, berpuluh mata menjadi saksi bahawa pasangan berbangsa india mempelawa ibu yang mengendong anak, dan ibu tersebut berbangsa melayu, untuk duduk. Tetapi dalam berpuluh pasang anak mata yang memerhati, aku yakin, hanya sebilangan sahaja yang mengambil iktibar. Jika semua insan yang berada di dalam LRT tersebut mengambil iktibar terhadap peristiwa yang mengharukan itu, maka isu perkauman bukan lagi menjadi masalah besar di negara kita. Tidak perlulah lagi pihak kerajaan membazirkan wang menganjurkan kempen kesedaran untuk membuka mata rakyat agar melakukan perkara yang sepatutnya mereka lakukan.

“Common Sense”. Itulah perkataan yang aku cari. Kesedaran untuk melakukan sesuatu bukan kerana ganjaran, tetapi kerana mengetahui, itulah perkara yang patut di lakukan. Perkara mudah seperti berbudi bahasa, bersopan santun, menghormati bangsa lain dan menghormati orang tua sepatutnya tidak menjadi subjek di peringkat sekolah, tetapi subjek di peringkat kehidupan. Penilaian bukan diambil berdasarkan markah perperiksaan, tetapi penilaian diambil dalam apa yang kita lakukan. Bukan guru yang patut menilai diri kita, tetapi diri kita senndiri yang seharusnya menilai, mana yang baik dan mana yang buruk. Dunia makin maju tetapi pemikiran makin mundur, hasilnya, kehancuran modal insane yang berkualiti. Moga setiap inspirasi diberkati.

Contohi Proton


Sebelum tahun 80-an, industri automotif bukanlah satu industri yang terkenal kerana kebanyakan kenderaan diimport dari luar negara dan tidak banyak kenderaan yang diimport mampu dimiliki oleh orang kebanyakan. Pada tahun 1981, mantan perdana menteri kita telah mengadakan lawatan ke jepun untuk meninjau kemajuan industri automotif negara tersebut yang diterajui oleh Mitsubishi Corpration.  7 Mei 1983, sejarah automotif negara talah berada di lembaran baru dengan tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional, atau PROTON, dengan kerjasama syarikat Mitsubishi dari Jepun. Aspirasi dan impian negara untuk mempunyai syarikat kenderaan mampu milik buatan tempatan telah menjadi kenyataan. Pada tahun 2005, PROTON mengumumkan keuntungan sebanyak RM 4 Billion dan telah melahirkan banyak tenga mahir dalam bidang automotif.

Negara Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum dan mengamalkan sistem demokrasi berpelembagaan. Dengan erti kata yang lain, dalam negara Malaysia, terdapat lebih daripada 1 kaum, yang berbeza warna kulit, berbeza agama, dan pastinya, berbeza adat budaya. Ramai yang membuat spekulasi bahawa kerjasama antara kaum merupakan satu impian yang mustahil dan tidak masuk akal. Tetapi kita perlu ambil iktibar daripada syarikat PROTON. PROTON bermula hanya dengan aspirasi, impian dan cita-cita, yang boleh dikatakan mustahil pada ketika itu kerana tahap ekonomi Malaysia pada ketika itu hanyalah pada tahap sederhana, dan tiada tenaga mahir tempatan dalam bidang automotif.

Tetapi dengan kerjasama negara Jepun melalui syarikat Mitsubishi, impian itu menjadi kenyataan. Sedangkan negara Jepun merupakan negara yang telah menjajah kita pada tahun 40-an. Dengan persefahaman dan keinginan yang sama untuk melakar sejarah, perbezaan budaya dan pertelingkahan yang telah berlaku diketepikan kerana terdapat satu keyakinan dalam diri mereka bahawa mereka akan berjaya. Kerjasama dengan perkongsian pendapat, teknologi dan tenaga mahir telah melahirkan satu produk yang membanggakan. Kenapa tidak kita mengambil iktibar daripada sejarah syarikat automotif negara kita dalam pengadaptasian kerjasama antara kaum.

Jika dikatakan bahawa bangsa cina hebat dalam bidang perniagaan, kenapa tidak kita berusaha untuk mempelajari bidang perniagaan daripada bangsa cina? Kita telalu malu dengan mempelajari ilmu daripada bangsa lain sehingga sikap malu yang melampau ini telah memakan diri dan bangsa kita sedikit demi sedikit. Tidak perlu pihak kerajaan mengadakan satu akta untuk setiappeniaga cina mengambil sekumpulan anak Melayu agar dididik dalam ilmu perniagaan, kerana di mana ada kemuahuan, di situ ada jalan. Sebagai contoh, Mantan Perdana Menteri kita tidak malu untuk menerima tunjuk ajar daripada syarikat luar dalam menguruskan teknologi automotif negara, kerana beliau tahu, hasilnya bukan dapat dilihat pada ketika itu,tetapi hasilnya dilihat pada hari ini dan generasi akan datang.

Jika kita lihat, sikap negatif seperti melambat-lambatkan masa, memungkiri perjanjian dan menikam daripada belakang sering kali dikaitkan dengan bangsa melayu. Dengan wujudnya tetapan minda seperti ini, secara tidak langsung kita telah mendidik dan mendoakan bangsa kita untuk mewarisi sikap negatif ini. Jadi, tidak salah kita membuat anjakan paradigma untuk membuat revolusi pemikiran agar bangsa melayu menjadi lebih maju, menepati masa, menepati perjanjian dan membuang sifat malas, agar bangsa melayu dapat bersaing dengan dunia dan bangun seiring dengan peredaran masa dan kemajuan yang pesat. Contohi PROTON, walaupun telah jatuh, tapi tetap berusaha untuk berdiri agar nama negara dapat diharumkan dan dikenali di mata dunia.

Aku Adalah Anak Muda


Aku adalah anak muda,
Mengambil contoh dari yang tua,
Pengalamannya amat berharga,
Untuk diriku yang yang baru belajar.


Aku adalah anak muda,
Mempelajari apa yang aku lihati,
Walau kemungkaran jadi tatapan,
Tetap ia jadi santapan,


Aku adalah anak muda,
Masih bodoh lagi hina,
Tidak tahu erti dunia,
Hanya bising berkata-kata,
Tapi tiada nilai berguna,


Aku adalah anak muda,
Hidup bagaikan bijih besi,
Punyai harapan dan juga impian,
Agar dibentuk agar berguna,
Menabur khidmad pada semua,


Aku adalah anak muda,
Dilukis cantik berhargalah aku,
Dilukis buruk hilan nilai ku,
Diadun sempurna sedaplah rasa,
Diadun salah sakit padahnya,


Aku adalah anak muda,
Bukam simpati aku harapkan,
Cuma impian aku lakarkan,
Agar anak muda ini menjadi asset yang berguna,
Pada negara agama dan bangsa,

Boy, Are You A student?


Pagi itu sungguh indah,tetapi kecantikannya telah dicemari dengan kesakitan yang telah aku hadapi. Sakit di gigiku bukan kepalang, sehingga aku hanya mula tidur pada pukul 5 pagi. Tiba-tiba aku disedarkan oleh ketukan di pintu bilikku. Eid, rakanku, bangun dan membuka pintu tersebut. Rupanya makhluk yang mengganggu kami tidur ialah Rubeswaran, sahabat baik kami. Aku mengambil keputusan untuk menamatkan kesakitan yang telah aku rasai ini dengan mengajak untuk menemaniku ke klinik gigi yang berhampiran. Badanku menggigil, menandakan ia tidak lagi tahan dengan kesakitan ini.

Perjalanan yang berliku menjadi mudah kerana gaya menunggang Rubes bagaikan seorang pelumba motosikal. Mungkin dia tahu aku dalam keadaan yang kritikal, atau mungkin hanya kerana memang dia ingin mendapatkan kepuasan dengan menunggang dengan laju, hanya tuhan sahaja yang maha mengetahui. Setiap lampu isyarat merah dilanggar, setiap jalan berlubang dielak, dan setiap selekoh ditempuhi dengan penuh yakin dan bergaya. Akhirnya, kami sampai ke destinasi yang sepatutnya, poliklinik kerajaan yang dilengkapi dengan sebuah klinik gigi. Terdetik di hatiku, adakah ini tempat yang akan menamatkan kesengsaraan yang telah aku lalui dan hadapi?

Setelah mendapat nombor, kami tunggu selama 15 minit, atau lebih, supaya nomborku dipanggil. Akhirnya nomborku terpapar di skrin LCD klinik tersebut. Aku melangkah kedalam bilik tersebut dengan tanggapan bahawa masalah aku akan selesai. Doktor itu seorang perempuan, muda, berkaca mata dan agak manis orangnya, mungkin baru tamat pengajian. Aku di x-ray dan doctor itu menyatakan bahawa masalah yang diriku hadapi bukan semudah yang disangka. Aku disuntik dengan bius dan diarahkan untuk duduk diluar, menunggu masa untuk bius mengambil kesan.

Aku duduk di sebelah seorang perempuan cina yang agak tua, lingkungan 60-an barangkali. Bukan diriku tidak ingin menegur perempuan itu, tetapi kesakita yang melanda menghilangkan sifat peramah diriku. Lamunan diriku tiba-tiba terhenti apabila perempuan itu menegur aku.”Boy,are you a student or are you working?”, aku spontan menjawab” I’m a student madam.” Perbualan itu diteruskan,”Great, the country needs young people like you”.Aku hanya tersenyum.
“You know, we should be grateful to have a good government, for example, this clinic is free”,perempuan itu menyambung,”We also should be grateful that we have the opposition, it keeps the government aware of us, not like countries like Libya and Egypt, their government had lead their country for a long time until they forget their people and keep thinking of themselves”.”Our country have great muslim leader as they know how to react on the latest issue regarding the film than insult islam”.”If they made a film insulting islam, why not we direct a film to tell the world that islam is a good religion”. Aku terdiam, kerana ayat itu keluar daripada mulut seorang perempuan cina beragama Buddha”

“Boy, am I right that your religion believes that God created all living things on earth?”. Aku menganggukkan kepala.”So, you should love and care for other living things on earth, whether is human,animals or the trees”.”You should love and care for other humans despite the difference in race or religion”.Aku terdiam dan menyelami kebenaran yang terkeluar dari mulut perempuan itu. “Hanif Marzuki, masuk bilik number satu”.Panggilan itu menandakan tamatnya perbualan aku dengan perempuan itu. “Thank you aunty, nice meeting with you, I hope that we will meet again someday.”.”Your welcome,maybe one day, you will be one of the leaders of our country,and when that day come,remember my word,be a good leader.”

Mengapa Pakcik Tidak Berselipar


Malam ini sungguh tenang. Hembusan angin yang nyaman menyababkan mataku semakin layu. Bulan dan bintang tidak kelihatan, mungkin kerana hujan yang membasahi bumi sebentar tadi. Keputusanku untuk duduk di kedai kopi ini tidak mempunyai tujuan yang penting, hanya ingin mencari teman bagi perutku yang kesepian. Teh-tarik dan roti canai kosong menjadi pilihanku. Jam menunjukkan pukul 0930 malam. Kedudukan mejaku yang berada di sebelah kaunter bayaran menjadi tempat yang terbaik untuk memerhatikan gelagat manusia. Ada yang bersama keluarga, ada yang bersendirian, ada yang bersama rakan-rakan, barangkali membincangkan satu hal yang penting. Tetapi gelagat seorang lelaki telah mencuri pandanganku.

Lelaki itu berada dalam lingkungan 60-an, berkulit hitam manis, tingginya lebih kurang 175cm, rambutnya putih dan apa yang membingungkan, lelaki itu tidak memakai selipar. Masih ada lagi pada zaman moden ini lelaki yang tidak mempunyai selipar, monologku sendirian. Banyak andaian yang bermain di fikiranku, mungkin lelaki ini seorang pengemis, mungkin seliparnya tercabut ditengah jalan, mungkin lelaki ini dalam keadaan yang cemas apabila keluar dari rumah sehingga terlupa memakai selipar. Apa yang aku yakin dan pasti, andaian lelaki ini seorang pengemis pastinya salah kerana dia datang ke kedai kopi ini dengan menaiki motor 125 Z yang agak baru.

Aku bertekad di dalam hatiku, untuk mengelakkan sebarang andaian dan fitnah, aku mesti bertanya kepada lelaki itu mengapa dia tidak berselipar. Mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk menghilangkan kebosanan yang hampir membunuh diriku ini. Aku bangun dan melangkah ke meja lelaki itu. Lelaki itu memandangku dan tersenyum, menandakan kemesraannya. Aku senyum kembali kepada lelaki itu dan menghulurkan tanganku, sebagai tanda persahabatan. Kami berjabat tangan. Aku duduk tanpa dipelawa, tetapi lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda pencegahan.

“Assalamualaikum pak cik, bungkus ke minum sini?”, tanyaku untuk memulakan perbualan. “Waalaikumussalam, pak cik ni bungkus je, tengah tunggu ni”. Aku cuba untuk tidak terus bertanya kepada soalan utama, kerana ini mungkin akan menyebabkan lelaki itu marah atau berasa tidak selesa. Aku memulakan permainan psikologiku. “ Pak cik duduk mana, tak pernah nampak pun sebelum ni”. “Pak cik duduk kat kampung depan tu, jarang jugak datang sini, sebelum ni pergi kat kedai sana, tapi hari ni kedai tu tutup pulak, awak ni duduk mana?”. Pertanyaan yang diberikan oleh lelaki itu menunjukkan satu reaksi positif dan menandakan lelaki itu sudah mula selesa dengan diriku.

“Saya duduk dekat taman depan tu, dah lama ke pak cik duduk kat kampong tu?”. Aku cuba menyiasat latar belakang lelaki itu. “Lama jugak, dekat 20 tahun, pak cik kerja nelayan dekat situ, biasalah, nak cari makan, tu je la yang termampu, pak cik ni, sekolah tak la seberapa”. Agak terkejut apabila aku dapat tahu bahawa lelaki berbaju biru lusuh ini sudah berumah tangga. Bagiku, perbualan semakin menarik, dan aku yakin persoalan utama aku akan terjawab. “Owh, pak cik ada berapa orang anak, dah kerja ke semua?”. “Pak cik ada 7 orang anak je, 2 orang dah kerja, tolong pak cik kat laut, 4 orang masih sekolah, yang sorang tu baru 5 tahun, yang 2 orang tu sekolah tak tinggi mana, setakat tingkatan 5 je”.

Masih ada generasi kini yang tidak mampu melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi. Mungkin tidak berminat, atau mungkin mereka ingin berbakti kepada kedua orang tua mereka  bagi meringankan beban yang ditanggung. “Pak cik memang daripada dulu kerja nelayan ke?”,tanya diriku yang penuh dengan persoalan. “Tak lah, dulu pakcik kerja askar, tapi pencen awal, pak cik jaga mak pak cik yang sakit, lepas tu  mak pak cik meninggal, pak cik pun pindah kat kampung tu”. Cerita hidup itu semakin menarik. Banyak pengalaman lelaki itu yang boleh aku teladani dan pelajari. “Jadi askar dulu tak macam jadi askar sekarang, dulu gaji kecik, tanggungjawab besar”. Pak cik itu menyambung cerita, “ Dulu sebelum masuk hutan dah mengucap, takut kena jerangkap samar, teringat anak bini, masa tu pulak pak cik baru kawin”.

“Dalam 2 tahun pak cik berkhidmat, tiba-tiba dapat berita mak pak cik sakit, pak cik cemas, sebab pak cik anak sorang je, terus pak cik mintak berhenti, dia je la keluarga yang pak cik ada selain isteri pak cik”. Aku hanya memasang telinga, mendengar cerita lelaki itu dengan tekun. “Kita ni, kena berbakti kepada mak dan ayah kita, walaupun kita ada tanggungjawab lain, kita kena ingat tanggungjawab pada mak dan ayah lagi penting, sebab kalau mereka tiada, kita pun tak akan wujud kat dunia ni”. Nasihat lelaki itu aku teladani, terasa sebak di dada, dan teringat pada ibu dan bapaku di rumah.

Perbualan kami tiba-tiba terhenti apabila hidangan yang dipesan oleh lelaki itu telah siap. Hidangan itu dibungkus dengan rapi dengan menggunakan plastik bewarna merah. Aku menawarkan diri untuk membayar bagi pihak lelaki itu, tetapi lelaki itu menolak dengan sopan. “Tak pe la, lain kali awak belanja pak cik”, kata lelaki itu sambil tersenyum manis. Tiba-tiba aku teringat tujuan utama aku menegur lelaki itu, dan aku terus memberanikan diriku untuk bertanya. “ Pak cik, saya sebenarnya nak tanya satu soalan, harap pak cik tak terkilan la, kenapa pak cik tak pakai selipar?”. Pergerakan lelaki itu
terhenti, degupan jantungku semakin cepat, takut akan dimarahi oleh lelaki tersebut.

“Pak cik dah agak dah, kamu mesti nak tanya soalan tu, sebenarnya selipar pak cik anak bongsu pak cik yang pakai, dia nak beli gula-gula kat kedai sebelah, masa dia datang teman pak cik, dia tak pakai selipar, tu dia”, lelaki itu menunjukkan jari telunjuknya ke arah budak lelaki kecil yang sedang duduk di atas motor kepunyaan lelaki tersebut. “Ingat, sayangi mak dan ayah kita, sebab banyak pengorbanan yang mereka dah buat kat kita, sama ada kita lupa atau kita buat-buat lupa”. Itu pesanan terakhir sebelum lelaki itu beredar pergi.

Dalam menghabiskan titisan terakhir teh-tarikku, aku sedar, yang banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu dan bapa kita. Kita seharusnya membalas jasa mereka dengan memuaskan segala kehendak mereka. Aku bangkit daripada tempat duduk ku dan menuju ke kaunter tersebut. Terkejut aku apabila diberitahu bahawa makanan dan minuman yang telah dipesan olehku telah dibayar. Katanya lelaki yang berpakaian lusuh dan yang telah berbual denganku tadi yang membayar pesananku itu. Aku tersenyum. Aku bertekad jika aku berjumpa lagi dengan lelaki itu, aku akan membelanjanya dan aku akan bertanya banyak soalan kepadanya. Masih banyak lagi pengalaman lelaki itu yang boleh menjadi teladan bagiku. Aku melangkah keluar dari kedai itu, dan beredar pergi.

Tuesday 18 September 2012

"Innocence Of Muslims"

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita wajib menghormati orang lain kerana setiap orang mempunyai perbezaan, tak kira daripada segi kebudayaan, warna kulit atau beragama. Tindakan untuk membenci orang yang berbeza daripada kita ialah salah dan sepatutnya tidak berlaku kerana dunia kian maju, persefahaman antara bangsa adalah perlu untuk mencapai kemajuan ekonomi dan untuk membina struktur ekonomi yang mapan. Baru-baru ini, satu klip video bertajuk "Innocence of Muslim" telah tersebar di laman sesawang YouTube dan penyebaran klip video ini telah mecemarkan nama baik agama Islam secara langsung atau tidak langsung sekaligus menyebabkan ketegangan dalam talian persahabatan antara negara.


Pada 12 Septamber 2012 jam 6 pagi waktu Malaysia, seorang duta Amerika di Libya telah mati dibedil kerana tidak sensitif terhadap isu ini. Secara peribadi, klip video ini telah membuktikan kebodohan si pembuat, iaitu seoran barbangsa yahudi Amerika kerana telah menggunakan fakta yang salah dan menyimpang dari kebenaran yang sebenar. Kesalahan fakta yang pertama ialah di dalam klip video tersebut, islam didakwa tersebar akibat peperangan. Ingin diingatkan bahawa pada ketika itu, islam tersebar kerana kemuliaan agama tersebut,yang memberikan hak kepada golongan wanita, dan kemuliaan Nabi Muhammad, yang terkenal dengan sikap yang membawa kebenaran dan mempunyai kebijaksanaan yang tinggi. Ini terbukti apabila Nabi Muhammad adalah orang yang diberikan tanggungjawab untuk meletakkan hajjarul aswad di Ka'abah (http://hajarulaswad-rawiyah.blogspot.com/). Kesalahan yang kedua dalam klip video tersebut ialah dalam filem tersebut mengatakan bahawa Al-Quran adalah satu gabungan dan dicedok daripada  kitab Injil dan kitab Taurat, sedangkan telah diriwayatkan bahawa Al-Quran ialah ayat suci daripada Allah s.w.t dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril.

Dengan kebodohan dan sikap tidak ambil peduli, akhirnya telah memakan diri sendiri. Kehidupan yang sepatutnya harmoni, telah digadaikan untuk memuaskan nafsu yang penuh dengan dengki. Aku tidak terkejut klip video itu diterbitkan kerana mereka juga sanggup menghina agama sendiri,inikan lagi menghina agama lain. Yang penting kita sedar apa itu kebenaran dan apa itu perkara yang salah. Apa yang perlu ialah kita menanamkan sifat jihad dalam diri untuk mencegah kemungkaran, tidak kira menggunakan tangan, mulut atau hati, agar kemurnian dan kesucian agama islam dapat dijaga.

Mungkin ada sesetengah pembaca yang peka mungkin bertanya mengapa aku menggunakan perkataan "Klip Video anti-islam" daripada menggunakan perkataan "Filem anti-islam" seperti yang digunakan oleh pihak media massa, ini adalah kerana "Innocence of Muslim" tidak layak diklasifikasikan sebagai satu filem kerana martabat filem adalah lebih tinggi, dan ia akan menjadi satu penghinaan kepada produser dan direktor filem jika saya mengklasifikasikan "Innocence of Muslims" sebagai sebuah filem. Ingat, penghinaan terhadap agama, atau bangsa yang lain tidak akan membawa kepada penyelesaian, tetapi hanya akan menimbulkan masalah yang lebih teruk dan buruk padahnya. Berbincanglah agak perbezaan dapat dijadikan sebagai satu kelebihan. Kini siapa yang terrorist, kita atau mereka? MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH, FIKIRLAH.

Wednesday 5 September 2012

Sang Saka Malaya



Kini isu yang terpanas di dada-dada akhbar ialah isu sekumpulan manusia ingin melakukan revolusi mengubah bendera negara iaitu "Jalur Gemilang" kepada bendera yang diberi nama "Sang Saka Malaya". Sungguh gah nama yang diberikan kepada bendera ini. Secara peribadinya, isu ini bagiku tidak relevan, tetapi pastinya isu ini tidak dibangkitkan jika tiada sebab yang kukuh. Antara isu yang dutarakan ialah tentang sejarah perjuangan kemerdekaan yang melibatkan PKMM dan UMNO. Ini ialah petikan daripada blog unitmediacyber (http://unitmediasiber.blogspot.com/2012/09/mengapa-kami-kibarkan-bendera-sang-saka.html)

"

Mengapa Kami Kibarkan Bendera Sang Saka Malaya?


Saya dan saudara Zairi Shafai adalah individu yang bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya di malam sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka.

Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang. Kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab.

Jauh sekali, ia tidak bermotif untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya, kerana Sang Saka Malaya yang ditukarkan kepada Jalur Gemilang hari ini.

Saya fikir penulisan ini bukanlah untuk mencari publisiti diri dan rakan-rakan tetapi penulisan ini adalah bertujuan memberi pencerahan umum kepada masyarakat akan tujuan asal kami mengibarkan panji keramat itu.

Mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudan kesatuan terawal yang terlibat dalam menentang penjajah. Kesatuan Melayu Malaya (KMM) yang ditubuhkan pada 1938 adalah gerakan terawal menentang British. Di sinilah bibit-bibit penentangan penjajah berlaku. Ditunjangi oleh Ibrahim Yaakob bertujuan untuk melindungi Hak-Hak orang Melayu dan menentang penjajah British.

Pada tahun 1945, wujud pula Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Parti ini merupakan parti politik Melayu yang pertama tertubuh di Tanah Melayu ketika itu. Matlamat utama penubuhan PKMM ialah untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris.

Parti ini dipelopori oleh Mokhtaruddin Lasso, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM mempunyai dua sayap iatu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang di ketuai oleh Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang diketuai oleh Shamsiah Fakeh.

Bagaimanapun beberapa bulan kemudian apabila Kesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, Dr Burhanuddin Helmi telah mengambil alih pucuk pimpinan sebagai presidennya yang kedua.

Dalam bulan Disember 1947, PKMM bertukar lagi pucuk pimpinan dan kali ini disandang oleh Ishak Haji Muhammad sebagai presidennya yang ketiga. Dengan pertukaran pucuk-pucuk pimpinan itu PKMM tidak lagi condong kepada komunisme sebaliknya bersifat nasionalisme.

Dr Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan Kesatuan Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utama PKMM. Pada dasarnya perjuangan PKMM adalah didorong oleh keazaman untuk mendapatkan kemerdekaan penuh dari Britain. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Apabila Umno ditubuhkan, PKMM telah menyertainya bersama badan-badan Melayu yang lain, tetapi selepas itu telah keluar darinya apabila tidak setuju dengan pemasukan simbol keris dalam bendera Umno dan tidak puas hati dengan sistem satu badan (tidak mengira saiz) satu undi dalamnya.

Akhirnya, badan-badan yang berhaluan kiri (menentang Inggeris) meninggalkan Umno dan Umno tinggal berhaluan kanan, yang lebih mesra Inggeris. PKMM juga berusaha menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 bagi penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Perjuangan PKMM dilabel oleh Inggeris sebagai berbau komunis dan dengan itu beberapa orang pemimpinnya telah ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, PKMM (dan beberapa parti anti-penjajah lain) telah diharamkan dan darurat diisytiharkan oleh pihak berkuasa British dengan persetujuan Yang Dipertua Umno, Datuk Onn Jaafar.

Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan mereka dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah digunung semanggol, Perak yang menjadi kubu Hizbul Muslimin yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diasaskan pada 17 Mac 1948.

Oleh yang demikian, saya bersama saudara Zairi merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan di sebalik Sang Saka Malaya ini."

Jadi, kini, pihak pembaca pula menilai, adakah isu ini relevan untuk diketengahkan, tepuk dada tanya selera, dapat jawapan, harap berikan, kerana pemikiran manusia senang untuk dimanipulasi, hanya fakta dapat memberikan jawapan, dan hanya yang SATU mengetahui jawapan yang hakiki. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Monday 3 September 2012

Apa Perjuangan Anda.

Beberapa hari lepas, kita dengan bangganya menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Aku yakin ramai yang bangga, negara yang dahulunya dijajah oleh Portugis, Jepun, Komunis dan British telah mencapai satu kejayaan yang agak besar dengan memperolehi kemerdekaan. Terima kasih pada pejuang-pejuang politik terdahulu kerana telah bersatu, tak kira fahaman politik dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Realitinya, kerajaan pada hari ini, dahulunya adalah pembangkang pada zaman British memerintah. Jika pembangkang-pembangkang terdahulu tidak wujud, maka tidak akan lahir kerajaan seperti mana yang kita lihat hari ini. Sejarah telah membuktikan, yang keadaan boleh berubah, pembangkang boleh menang dan jadi kerajaan pada zaman akan datang.

Mari kita semua buka minda, apa perjuangan kita kini. Dahulu, tak kira sama ada anda Parti Perikatan, Parti Islam Se-Malaysia, atau Parti Malaya Merdeka, semuanya mempunyai tujuan yang satu, iaitu memperjuangkan kemerdekaan. Tidak kira sama ada anda berada di mana-mana pihak, hanya satu sahaja yang berada di hati, iaitu kemerdekaan. Tetapi kini, realiti telahpun berubah. Kita tidak mempunyai tujuan yang satu. 

Perjuangan setiap parti politik pada hari ini hanyalah mempertahankan kerusi masing-masing dan merampas kerusi yang ada pada parti lain. Adakah ini cara yang sebenar untuk berpolitik? Dengan tujuan mempertahankan kedudukan inilah, setiap ahli daripada parti politik masing-masing sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kemenangan parti.

Sepatutnya, perjuangan kita ialah ingin membangunkan negara kita ke arah yang lebih positif, dari segi akidah, akhlak, kemajuan ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan modal insan. Perkara ini tidak akan direalisasikan jika setiap orang daripada rakyat tidak bersatu hati, menolak perbezaan politik dan membangunkan negala kita. Setiap orang ada pendapat masing-masing, dan ini ialah pendapat saya. Apa perjuangan anda? MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH, FIKIRLAH.

Friday 31 August 2012

Apa Erti Kemerdekaan.

31 Ogos, tarikh keramat bagi setiap rakyat di negara yang semakin membangun ini. Semakin maju negara semakin kerap kita lupa tentang erti dan makna sebenar merdeka. semangat patriotisme, bagiku, diibaratkan sebagai lilin yang terbakar, dan kini, lilin itu makin malap dan hampir terpadam. Mengapa lilin itu terpadam, bagiku tiap-tiap manusia pasti mempunyai jawapan tersendiri. Jawapan aku ialah kerana lilin yang terbakar pada hari ini ialah lilin yang sama terbakar pada 55 tahun yang lepas. Sumbunya sudah hampir ke penghujungnya. Bagiku lilin itu sudah tidak boleh diguna pakai dan kini masanya untuk kita menyalakan lilin yang baru.

Pasti ada yang kata jawapanku tidak releven dan tidak boleh diguna pakai, tetapi, sudah ku kata, tiap manusia pasti ada jawapan tersendiri. Ku katakan masa ini ialah masa yang terbai untuk menyalakan lilin yang baru kerana generasi kini sudah kian hanyut dibuai mimpi kemewahan. Perjuangan yang dilakukan oleh atuk dan nenek kita hanyalah hikayat bagi mereka, hikayat yang diceritakan oleh guru pada muridnya agar muridnya berjaya dalam peperiksaan. Itukah erti perjuangan mereka?

Hatiku terasa hambar, kerana tidak lagi aku rasakan getaran semangat perjuangan yang dilalui oleh pahlawan-pahlawan negara kita. Hatiku terasa sayu kerana semangat yang aku ada tidak sama seperti semangat yang membara dalam diriku dahulu. Akalku menyedarkan hatiku, merdeka bukan sekadar laungan, juga bukan sekadar nyanyian, merdeka ialah buah kepada pokok yang ditanam oleh generasi atuk dan nenekku. Kemanisan yang aku rasai ialah hasil daripada keperitan mereka. Dan kini adalah masa untuk aku menanam pokok agar anak dan cucuku dapat menikmati hasilnya.

Perbaharui semangat merdeka. Kini erti kemerdekaan bukan sahaja mendapat persetujuan daripada yang menjajah agar diberikan kita peluang untuk berkuasa. Tetapi merdeka ialah titik permulaan bagi generasi untuk berbakti pada negara, memakmurkan dan menabur bakti, agar negara bertambah maju di mata dunia. Apa erti kemerdekaan? Tepuk dada, tanya selera. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Sunday 12 August 2012

Mengapa Perlu Berubah?

Tiada isu hangat untuk diketengahkan, tiada isu panas untuk diulas, hanya peringatan bagi yang terlupa dan hanya muhasabah diri bagi diruku yang serba kekurangan. Sudah sekian lama jari ini tidak digerakkan untuk menulis, mungkin kerana ketandusan ilham, juga mungkin kerana sudah malas.

MALAS, itulah sifatku, ayahku pernah menasihatiku, jangan malas kerana orang malas selalu rugi. Jika malas, ilmu yang dicari tidak akan diperolehi, jika malas, tidak kita mendapat keredaan ilahi, jika malas, peluang pasti akan melepas. Jadi janganlah kita malas kerana itu ialah amalan si iblis.

Daripada Anas bin Malik r.a daripada Rasulullah s.a.w. Dalam doanya bermaksud: 

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepadaMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepadaMu daripada bebanan hutang dan penindasan." 


Memang diri yang lemah ini ingin menjauhi sifat yang seringkali menjadi bebanan, walaupun ia manis, tetapi ingat, kemanisan itu hanya seketika, bebanan yangakan mendatang pasti menjadikan diri yang tersnyum, terus mengalirkan air mata.

Mengapa perlu berubah, kerana perubahan satu perjuangan, kita semua bukan sesat, kerana yang sesat pasti berjumpa dengan jalan yang ingin dicari, cuma masa akan menentukan. Kita sebenarnya telah hanyut, kerana setiap tindakan yang dilakukan, tiada jalan kembali, jadi hanyutlah ke arah yang diredainya.

Ayahku juga berkata "Jaga masa belia abang jangan ada kesilapan , biasa nya orang muda pemikiran sangat berlainan ,perkiraan tidak mendalam, keputusan yang diambil tidak ada penilayaan yang mana akhir membawa penyesalan. " Jadi peringatan bagiku ialah sentiasa berfikir sebelum membuat keputusan. Setiap langkah yang diambil pasti akan mengubah corak kehidupan seharian.

Umur makin meningkat tetapi ilmu tetap sama, umur makin meningkat tetapi perangai tetap sama, umur makin meningkat tetapi adab sopan tetap sama. Ingat, Jadilah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Corak kehidupan manusia semakin berubah, jadi berubahlah ke arah yang lebih baik.

Mengapa perlu berubah, kerana berubahlah jawaban yang mutlak kepada semua soalan yang berkaitan dengan kehidupan. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Friday 15 June 2012

Politik Kapitalis

Realiti kehidupan kini, kata-kata "Wang bukan segalanya" tidak boleh dipakai lagi dalam keadaan negara yang menggunakan sistem politik kapitalis. Jarang sekali kita mendengar frasa ini kerana kita telah dikaburi dengan nama-nama yang menggambarkan sistem itu memberi kebaikan kepada penggunanya. Kecuali sistem pemerintahan islam, kesemua sistem yang selain daripada itu mempunyai kecacatan daripada segi pelaksanaan undang-undang, pengurusan perbendaharaan negara dan kebajikan rakyat. Sistem politik kapitalis didefinisikan saya secara peribadi sebagai satu sistem politik yang mengaut keuntungan sama ada wang, harta atau aset, dalam semua perlaksanaan pemerintahan sesebuah negara seperti projek kebajikan rakyat, pelaksanaan sistem perundangan negara atau pengurusan aset negara. Dengan bahasa mudah, politik kapitalis akan menjanjikan kepentingan kepada pelaksananya dan kepentingan tersebut dianngap sebagai satu keperluan dalam kertas kerja sesebuah projek.


Politik kapitalis yang diamalkan oleh sesebuah negara akan menjanjikan kesenangan kepada individu tetapi akan meningkatkan kadar korupsi dalam kalangan rakyat. Dengan memilih politik kapitalis sebagai jalan pemerintahan, " si kaya akan menjadi lebih kaya, si miskin akan menjadi lebih miskin". Antara komponen utama dalam politik kapitalis ialah Pelobi dan Kroni. Komponen ini saling bergantung antara satu sama lain agar keuntungan bersama dapat dicapai. Kebanyakan negara di dunia mengamalkan politik kapitalis, secara sedar atau tidak. Dalam perlaksanaan politik kapitalis, pennguasaan terhadap media massa amatlah penting kerana ia merupakan komponen utama bagi melancarkan peperangan psikologi. Contohnya, jika keadaan ekonomi berada dalam tidak stabil dan semakin jatuh, media massa akan digunakan bagi menaikkan semangat rakyat dengan mengeluarkan berita-berita yang positif terhadap keadaan ekonomi negara tersebut agar rakyat akan sentiasa melabur di negara itu tanpa menghiraukan risiko yang akan berlaku. Kadar untuk teknik ini berjaya ialah 70:30, iaitu 70peratus menunjukkan teknik ini akan gagal dan 30peratus adalah sebaliknya.


Kecacatan utama politik kapitalis ialah menggunakan amalan sekularisme iaiti memisahkan agama dengan semua urusan dunia. Ini bermaksud semua perlaksanaan hukuman dan tindakan tidak mengikut al-quran dan hadith. Rasulullah pernah bersabda "

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
Jadi, dengan memlilih untuk meninggalkan kedua-dua komponen utama ini, keputusan akan menjadi berat sebelah dan tidak adil kepada semua pihak. Jadi marilah kita semua menolak amalan politik kapitalis dan kembali kepada ajaran dan cara memimpin yang sebenar. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

TERBUKTI BERKESAN
http://www.duitjutawan.org/agent/idevaffiliate.php?id=89

Sunday 10 June 2012

Mengulangi Kisah Lalu.

Kita seringkali mendengar ungkapan " pelajarilah sejarah supaya kita tidak mengulanginya". Tetapi hakikat yang sebenarnya, tanpa kita sedari, kita telah mengulangi sejarah yang lalu. Kita telah didedahkan ketika zaman persekolahan dalam subjek sejarah bahawa Kaum Tua ialah golongan ortodoks islam yang terlalu taksub dengan adat sehingga mencampur adukkan adat dan agama. Pada ketika itu, golongan wanita tidak diberikan hak sewajarnya dan ditindas. Antara hak yang tidak ditegakkan pada ketika itu ialah hak menuntut ilmu. Kaum Tua menganggap tempat yang sewajarnya untuk golongan wanita ialah dengan menjadi suri rumah dan golongan wanita tidak layak untuk menimba ilmu, sedangkan islam menyuruh umatnya untuk mencari ilmu agar agama islam tidak diperkecil-kecilkan. Contoh yang terbaik ialah Saidatina Aisyah, merupakan wanita yang menjadi rujukan hadith pada zamannya kerana beliau merupakan seorang yang rapat dengan Rasulullah S.A.W. Golongan wanita juga tidak diberikan hak untuk mentadbir dan memimpin kerana Kaum Tua menganggap suara golongan wanita tidak penting. Pada ketika itu, hidup terlalu kearah keagamaan dan hal dunia telah dilupakan. Bukan itu satu perkara yang buruk, tetapi Allah telah memerintahkan manusia agar memakmurkan muka bumi ini agar agama Allah dapat tersebar luas. Golongan intelek yang belajar di luar negara terutamanya di timur tengah telah sedar akan kecacatan pemikiran Kaum Tua dan menganggap gaya pemikiran itu tidak lagi relevan. Golongan itu cuba untuk membuat revolusi pemikiran. Mereka ialah Kaum Muda, golongan yang cuba untuk menyeimbangkan semula sistem pemikiran dan cuba untuk membuat pembaharuan. Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah menentang bid'ah, memperjuangkan hak pendidikan wanita dan menyeru umat islam agar kembali kepada ajaran islam sebenar. Kaum Muda jugalah yang meningkatkan kesedaran umat islam pada ketika itu untuk menuntut kemedekaan dan menentang penjajah. Kini, kita sedang menikmati keamanan, yang secara tidak langsung merupakan antara usul yang diperjuangkan Kaum Muda

Sedarkah kita bahawa sejarah telah berulang, tetapi episod sejarah ini telah mengalami perubahan. Kita kian meninggalkan agama dan amalan sekular telah diagung-agungkan. Islam hanya pada nama, tetapi, rasuah, arak, seks bebas dan segala amalan jahiliyah tetap diteruskan. Kemungkaran ialah makanan tegah hari kita. Kita perlu sedar bahawa ini merupakan petanda buruk untuk kemakmuran negara kita. Kemajuan negara sebenarnya bukan sahaja diukur melalui kemakmuran ekonomi dan kecanggihan teknologi, tetapi juga kemajuan dalam beragama. Jadi adakah negara yang penuh dengan korupsi layak dipanggil sebagai negara yang maju? Golongan yang ingin memperjuangkan konsep hidup beragama juga telah ditentang dan mereka ini dilabelkan sebagai alat pembangkang dan sebagainya. Golongan ini ditindas sebagaimanaKaum Muda telah ditindas pada ketika itu. Walaupun mata rakyat telah terbuka luas dan rakyat telah melihat kepincangan dalam sistem pentadbiran, tetapi rakyat tidak mempunyai hak untuk bersuara. Hak untuk bersuara yang terkandung dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999, Akta 597, hanyalah perisai kertas yang diberi untuk berlawan dengan pedang. Jika digunakan, pastinya akan kalah. 

Jadi kita perlu sentiasa berfikir dan membuat keputusan yang terbaik agar maruah agama dan negara kita tidak tergadai. Kebolehan untuk membuat keputusan yang terbaik sangatlah penting kerana dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, suara rakyat menjadi senjata utama. Jika berseorangan, kita pasti jatuh, tetapi jika kita bersatu, pasti kita akan utuh bak kata pepatah, " Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh". Kita perlu menanam keinginan untuk memperbetulkan apa yang salah dan mengembalikan semula kegemilangan islam yang telah lama hilang. Tiada guna jika menggelarkan negara kita negara Islam, tetapi tidak menekankan hak-hak beragama dan undang-undang islam. Sedangkan perbankan islam tertakluk dalam undang-undang sivil. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH

Wednesday 16 May 2012

Keadilan Terbela?

Agak terkejut apabila saya terbaca satu artikel yang bertajuk "Senaman Tonggeng Depan Rumah Ambiga". Agak melucukan kerana ada yang sanggup melakukan perkara yang agak memalukan sehingga sanggup menghebohkannya di dalam akhbar. Adakah perkara ini diterima islam? Saya tidak ingin menyentuh hal ini dalam aspek agama kerana saya sedar ilmu saya tidak sampai ke tahap itu. Tetapi sedarkah kita yang perkara ini hanya mempamerkan kebodohan kita. Saya mengaku memang beliau ada melakukan satu perkara yang boleh mengancam keselamatan negara tetapi kita harus buka mata. Adakah ini balasan yang wajar kepada beliau. Saya percaya pada sistem perundangan negara, jadi tidak bolehkah kita membiarkan pihak berkuasa melakukan tugas mereka. Perlakuan ini hanya akan mengganggu kejiranan rumah beliau, dan ini membuatkan orang yang melakukan perbuatan itu diletakkan sama taraf dengan beliau. Sedarlah, adakah ini perlakuan yang wajar dilakukan oleh sekumpulan rakyat yang saya pasti mengimpikan negara maju pada tahun 2020, iaitu lagi 8 tahun lagi. Ini hanya menunjukkan kebodohan kita. Jadi siapa yang mencemarkan nama negara kita. Jadi, sedarlah dan fikirlah dengan rasional tentang tindakan yang kita akan lakukan. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Sunday 13 May 2012

Cerita Tentang Peguam

12 Mei 2012, pada muka depan akhbar Utusan Malaysia, saya terkejut apabila terpandang antara tajuk yang dibincangkan dalam akhbar itu iaitu " Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Peguam Lulus Resolusi Kecam Polis". Ia sangat menarik kerana salah satu badan yang kukuh mempertahankan sistem perundangan negara meluluskan resolusi sedemikian. Saya belek ke muka 10 untuk membaca berita seterusnya kerana berita ini boleh saya klasifikasikan sebagai berita yang menarik, berbanding berita tentang perhimpunan UMNO yang telah berlaku. Alangkah terkejutnya saya apabila terbaca satu petikan artikel yang bertajuk Gagal Dipertahan Sebagai Badan Profesional Berintergriti, Majlis Peguam Perlu Diganti.Petikan itu berbunyi" Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam". Banyak persoalan yang tertimbul di dalam fikiran saya. Adakah ahli-ahli Majlis Peguam iaitu peguam di Malaysia, tidak berintergriti sehinggakan perlu menubuhkan satu badan guaman yang baru? Jika ditubuhkan, siapakah ahlinya? Kerana, jika ahlinya bukan daripada kalangan peguam, pastinya ia tidak layak digelar sebagai badan guaman. Dan jika ahlinya peguam, pastinya peguam itu daripada kalangan peguam di Malaysia. Saya meneruskan pelayaran saya dalam artikel tersebut. Saya mendapati bahawa semua isu ini tertimbul apabila resolusi seperti yang disebut di atas telah diluluskan. Mengikut artikel tersebut, dalam kalangan 1270 ahli Majlis Peguam, seramai 939 ahli mengundi untuk menyokong resolusi tersebut, manakala 16 ahli yang lain tidak menyokong. Jadi salah seorang daripada 16 ahli ini tidak berpuas hati dan memberontak. Saya mula menjadi keliru, kerana secara logiknya, keputusan majoriti pastinya keputusan yang baik. Dan apabila 939 orang peguam, yang telah lulus ijazah perundangan, dan telah ditauliahkan sebagai peguam, pastinya adalah keputusan yang terbaik. Kerana peguam ialah golongan yang berfikir dalam setiap tindakan. Adakah 939 orang peguam ini ialah golongan peguam yang tidak berfikir? Jadi, tidak layak mereka dipanggil sebagai peguam, dan mustahil mereka akan mendapat ijazah perundangan, kerana jika mereka golongan yang tidak berfikir, pastinya masa depan mereka akan kabur. Saya, sebagai rakyat Malaysia berasa pelik atas senario yang berlaku. Ingatlah, keputusan yang sempurna ialah keputusan Allah kerana Allah tiada cacat dan Allah Maha sempurna. Jadi, jika kita inginkan keputusan yang baik, kita seharusnya bermesyuarat dan jika keputusan telah dipersetujui, maka akurlah. Dan jika tidak bersetuju, bincanglah dalam kumpulan tersebut dengan hujah yang releven. Jika melibatkan orang luar, terutamanya publisiti, maka kebodohan kita akan terserlah. Isu ini masih belum selesai, kerana hanya ahlinya yang mampu menyelesaikannya. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Friday 11 May 2012

Tahniah, UMNO Kini 66 Tahun

Saya sebagai rakyat Malaysia amat berbangga dengan parti UMNO, satu parti yang telah memperjuangkan kemerdekaan dan memerintah negara sejak kemerdekaan hingga kini. Kita patut menghargai jasa mereka, iaitu pemimpin UMNO terdahulu, kerana tanpa mereka, kemungkinan, kita masih lagi dijajah. Parti UMNO telah berusaha keras memelihara ketuanan Melayu dan kedaulatan raja. Pada tahun 1946, ahli UMNO yang kurang daripada 50 orang telah berjaya memperjuangkan kemerdekaan menggunakan kemahiran intelektual, toleransi serta budi bahasa yang tinggi. Ini membuktikan ahli UMNO pada ketika itu sangat berkepimpinan, berkemahiran dan berkualiti. Setelah 66 tahun berlalu, ahli UMNO daripada seantero Malaysia dikumpulkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Jumlah yang dianggarkan hadir ialah lebih daripada 100 000. Sangat menggagumkan, lautan merah membanjiri stadium ini pada hari yang bersejarah ini, bukan perlawanan bola sepak Kelantan, tetapi perhimpunan UMNO. Apa yang mengejutkan saya ialah angka 100 000 itu tidak memberi makna kerana kita masih lagi dijajah dengan pemikiran negatif dan permainan kotor politik. Segala usaha UMNO pada zaman dahulu tidak lagi bermakna kerana kita telah dijajah semula bukan secara ketenteraan, tetapi secara polusi pemikiran, obsesi keduniaan dan ketaksuban terhadap kuasa. Saya yakin dan percaya perjuangan politik dahulu tidak sesuai dengan situasi politik hari ini. Kita telah menang pertarungan dahulu, tetapi peperangan hari ini masih belum diputuskan johannya. Generasi dahulu patut berbangga dengan jentera UMNOnya kerana mereka telah bertarung dengan hebat dan menang dengan kegemilangan. Tetapi generasi masa kini masih lagi perlu berusaha kerana selagi adanya korupsi dalam politik, selagi itulah kita masih belum menang peperangan ini. Jadi, marilah kita bersama berjuang untuk mengubah senario politik hari ini. Kita perjuangkan agama kerana kejayaan dalam agama ialah kejayaan yang hakiki. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Saturday 28 April 2012

BERSIH : Menyatukan Rakyat Memecahkan Bangsa

BERSIH 3.0 telah dijalankan dengan jayanya, ramai peniaga yang rugi(termasuk pemandu teksi), banyak pelancong yang terkejut kerana kalah rusuhan di London dan di Mesir, dan keadaan ekonomi akan tergugat. Saya meramalkan kejatuhan ekonomi dicatatkan pada hari isnin sebanyak beberapa mata kerana ramai pelabur berasa trauma dan menyatakan negara Malaysia tidak aman. Itulah kesan apabila kebebasan diberikan secara tiba-tiba dan rakyat bersuara dengan penuh semangat. Apa yang menarik tentang BERSIH ialah saya  lihat ramai kaum Melayu dan kaum Cina bersatu hati menyuarakan satu pendapat. Ini satu pencapaian yang agak cemerlang kerana beberapa tahun dahulu, bangsa Melayu dan Cinalah yang bermusuhan menghidupkan api 13 Mei. Walaupun banyak harta awam yang musnah, tetapi perlu kita ingat, ukhwah yang terjalin antara bangsa merupakan sesuatu yang susah dan ia telah terbukti untuk menjadi tidak mustahil. Tetapi ikatan persaudaraan antara bangsa Melayu sendiri kian rapuh. Sikap menunding jari semakin menjadi-jadi. Dikatakan pengaruh tokoh itu dan menjadi kuda tunggangan tokah ini, sikap ini hanya membawa kepada keburukan dan kehancuran. Perlu kita ingat, apa yang diperjuangkan oleh BERSIH itu ada benarnya dan rasionalnya tetapi mungkin ada segelintir daripada kita( termasuk saya) tidak bersetuju dengan perlaksanaan BERSIH. Kepentingan Pembangkang ialah ia merupakan penyeimbang kepada Kerajaan. Tidak semua yang dilaksanakan oleh kerajaan betul dan tidak semua yang dilaksanakan oleh pembangkang salah. Kita tidak lihat kebuluran pada tahap ekstrim di negara kita dan perlu kita sedar jika pembangkang selalu salah, maka pembangkang pasti tidak dapat kepercayaan rakyat dan pasti tiada kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. Jadi, sifat saling memerlukan inilah yang menyebabkan politik itu subjek yang menarik. Subjek yang boleh ditafsirkan oleh pemikiran masing-masing. Politik itu fahaman, dan merupakan satu aliran pemikiran. Ia perlu dijalankan secara intelektual dan berhemah.Boleh dijadikan topik perbualan di kedai kopi, tetapi berpada-pada dan sentiasa menggunakan fakta dan sumber yang boleh dipercayai. Politik tiada yang betul dan tiada yang salah kerana ia dikawal oleh manusia dan menggunakan undang-undang manusia. Tdak salah mahasiswa berpolitik malah ia digalakkan, kerana tokoh-tokoh terdahulu juga berpolitik dan mereka berjaya mengukir nama dengan megahnya di arena politik. Tetapi pelajaran juga diutamakan kerana ia menjamin kecemerlangan diri dan kecemerlangan negara. Jadi, atas sikap melampaui batas dan mengeluarkan hujah tanpa fakta inilah, perpecahan bangsa berlaku dan pergolakan negara akan tercetus. Ambil pengajaran pada hari ini dan perbaiki diri pada esok hari. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Thursday 26 April 2012

BERSIH : Satu Fenomena

Pada 28 April 2012, satu perhimpunan gergasi akan diadakan menggunakan nama yang sangat menarik iaitu BERSIH 3.0. Macam anti-virus. Jadi, antara agenda utama yang menjadi manifestasi perhimpunan ini ialah mengidamkan satu pilihanraya yang bebas daripada korupsi dan permainan kotor politik. Antara orang hebat yang turut serta ialah penulis novel Salina, Datuk A Samad Said dan orang kuat yang menyokong LGBT iaitu Datuk Ambiga. Jadi, isu Bersih 3.0 ini merupakan satu isu yang hangat dan membara di media massa. Daripada isu penukaran tempat oleh DBKL hingga ke isu pengharaman ke atas penyokongan Datuk Ambiga oleh presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Ismail Mina Ahmad( Utusan Malaysia 26April'12), hampir kesemua isu ini berkaitan dengan perhimpunan Bersih. Bahagian promosi perhimpunan ini juga sangat gigih menarik minat ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendidikan untuk menghadiri perhimpunan ini. Pada pendapat saya, tidak perlu mengadakan satu perhimpunan untuk menyatakan keinginan rakyat terhadap keadilan.Saya yakin dan pasti, korupsi itu wujud dan saya yakin dan pasti kebanyakkan ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi atau mengekalkan jawatan yang disandang. Jadi, sedar;ah wahai pemimpin yang arif lagi bijaksana, rakyat inginkan keadilan, ketulusan dan intergriti. Jadi, rakyat menghadiri perhimpunan seumpama ini kerana ingin memberitahu kepada pemimpin tentang perkara ini. Jujur saya katakan bahawa saya tidak setuju perhimpunan ini diadakan kerana perhimpunan ini akan mencetuskan semangat assabiyah dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi itu pilihan masing-masing. Tidak salah rakyat menuntut hak mereka kerana telah termaktub dalam undang-undang bahawa rakyat dibenarkan berhimpun. Mengenai isu haram menyokong Datuk Ambiga kerana dia menyokong golongan LGBT. Dia menyokong LGBT berasaskan undang-undang hak asasi manusia. Jadi, jika kita ingin menjatuhkan Datuk Ambiga, maka kita perlu sokong undang-undang yang berasaskan islam iaitu hukum hudud. Jadi, marilah kita bersama menyokong hukum hudud untuk membasmi golongan songsang ini. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Tuesday 24 April 2012

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) : Niat Tak Menghalalkan Cara

Agak terkejut saya apabila terdapat satu pertubuhan yang mempunyai nama yang unik. Komen saya tentang nama kelab ini ialah sangat menarik, "catchy" dan spesifik. Kelab ini bertujuan untuk mendedahkan kelakuan buruk Anwar Ibrahim iaitu bekas menteri kewangan Malaysia sekaligus menarik minat orang ramai untuk menyokong untuk membangkang Anwar Ibrahim. Sangat murni usaha kelab ini sehingga terdapat pelancaran di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Tetapi, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikir secara rasional, adakah ini cara terbaik untuk membenci seseorang? Ya, memang terdapat berita yang kurang enak tentang ketua pembangkang ini, tetapi wajarkah kita membencinya sehingga ke tahap begini. jika tidak suka akan Anwar Ibrahim, jangan undi Anwar Ibrahim! Kerana perbuatan ini hanya akan memecah-belahkan rakyat di Malaysia. Sistem perundangan di Malaysia masih lagi kukuh dan adil, jadi jika betul Anwar Ibrahim bersalah, maka mahkamah pasti akan menyabitkan kesalahan tersebut. Tidak perlu melakukan perang mental menubuhkan kelab sebegini. Daripada menggunakan wang untuk membuat topi atau baju pertubuhan, lebih baik wang itu disalurkan untuk membuat ceramah agama atau menolong orang di gelandangan yang merempat. Malaysia negara yang membangun dan akan maju pada tahun 2020, tetapi dengan pemikiran dan mentaliti seperti ini, sampai bila Malaysia tidak akan layak dikenali sebagai negara maju. Terdapat hadith rasululah tentang perpecahan umat melalui kumpulan atau asabiyyah iaitu   “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud)." Jadi, membuat kelompok membenci seseorang bukanlah sesuatu yang digalakkan dan dibanggakan. Sepatutnya kita sedih kerana kita masih lagi berpecah. Di mana semangat nasionalisma bangsa kita? Sifat membenci seseorang juga tidak digaakkan seperti dalam hadith rasulullah yang bermaksu" Janganlah kamu berdengki-dengkian dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah diantara kamu berjual di atas penjualan orang lain dan jadilah kamu hamba allah yang bersaudara". Jadi tegasnya di sini, kita perlu rasional dalam membuat tindakan dan keputusan. Allah  telah menurunkan al-quran sebagai panduan, jadi kajilah dan muliakan al-quran. Tidak dosa jika berpolitik tetapi dosa jika melebihi had yang telah ditetapkan kerana setiap yang melampaui batas itu memudaratkan dan membawa pada perpecahan umat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Sunday 22 April 2012

PTPTN : Politikkan Pendidikan

Saya amat teruja apabila PTPTN dijadikan satu isu politik yang agak serius. Sejak kebelakangan ini,  terpampang di media massa tentang satu kelompok manusia yang mencadangkan pemansuhan PTPTN. Sangat menarik. Kerana PTPTN ini merupakan satu kaedah bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membiayai pelajaran mereka. Antara cadangan kelompok ini ialah menjadikan PTPTN sebagai biasiswa yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin sambung belajar. Secara mudahnya, maksud biasiwa ialah hadiah. Hadiah yang biasanya diberikan dalam apa-apa bentuk, termasuk wang, kepada sesiapa yang telah mencapai kecemerlangan dalam sesuatu  bidang. Jadi, jika PTPTN dijadikan biasiswa, yang layak menerimanaya hanyalah golongan yang cemerlang dalam pelajaran sahaja. Realitinya, tidak semua pelajar di Malaysia cemerlang. Bahkan ada yang hanya menganggap pelajaran sebagai satu mainan. Jadi sebelum kita bercadang ingin menukar sesuatu dasar, adalah lebih mulia jika kita mengubah minda rakyat Malaysia dahulu. Bagi saya PTPTN ini membantu mereka yang ingin meneruskan tahap pendidikan mereka walaupun mempunyai kekangan wang. Jika kita melihat hakikat PTPTN, ia mengajar kita erti sebenar kerja keras. Kerana sesiapa yang mendapat ijazah kelas pertama, jadi pembayaran mereka akan dimansuhkan, dan itu merupakan satu hadiah kepada mereka. Dan jika mereka ingin menyambung pembelajarannya, berbekalkan ijazah kelas pertama, adalah lebih baik mereka memohon biasiswa yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat supaya mereka akan menambahkan kualiti pendidikan mereka disamping mendapat pekerjaan yang lebih baik. Jadi, saya amat tidak sokong idea memansuhkan PTPTN kerana ia tidak releven. 

Cadangan saya ialah :

1-Menukar kos pentadbiran kepada satu nilai yang khusus bukan menggunakan nilai peratus dari pinjaman, contohnya daripada 1% daripada nilai setiap tahun kepada RM 20 000.

2- Membuat pengurangan pembayaran bagi ijazah kelas kedua atas.

3-Menstruktur semula tempoh pembayaran semula PTPTN.

Jadi, janganlah kita hanya meminta, berubahah jika inginkan kesenangan. Sebelum memberi satu idea, tolak semua kepentingan politik dan fikir akan kebaikan dan keburukannya. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRAH.

Thursday 19 April 2012

Politics 101 : Gaji Menteri, Ahli Parlimen, Elaun, Dan Sebagainya


Pada kali ini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang gaji menteri, ahli parlimen dan elaun yang akan diperolehi. Jadi, habuan menjadi seorang ahli politik itu amat penting disamping keinginan untuk mengubah takdir rakyat dan berjasa dalam mengubah haluan sesebuah negara kearah yang lebih baik. Jika tidak, masakan ramai diantara rakyat di Malaysia berebut-rebut inginkan tempat di dewan parlimen sehingga sanggup menggunakan taktik kotor seperti politik wang . Jadi, inilah antara senarainya.

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan

Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
Elaun-elaun Menteri
Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan  : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi  : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000
(KESEMUA MAKLUMAT INI ADALAH PADA TAHUN 2010)
Hebatkan gaji dan elaun mereka. Jadi, bagi mereka yang ingin mejadi ahli politik, jadilah, kerana habuannya agak lumayan. Tetapi kita perlu ingat untuk menjalankan tugas dengan adil,telus dan berintergriti kerana duit ini ialah duit rakyat, jika tidak buat kerja setimpal dengan habuannya, maka ini bermaksud anda telah menyalahgunakan duit rakyat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.