Tuesday, 24 April 2012
Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) : Niat Tak Menghalalkan Cara
Agak terkejut saya apabila terdapat satu pertubuhan yang mempunyai nama yang unik. Komen saya tentang nama kelab ini ialah sangat menarik, "catchy" dan spesifik. Kelab ini bertujuan untuk mendedahkan kelakuan buruk Anwar Ibrahim iaitu bekas menteri kewangan Malaysia sekaligus menarik minat orang ramai untuk menyokong untuk membangkang Anwar Ibrahim. Sangat murni usaha kelab ini sehingga terdapat pelancaran di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Tetapi, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikir secara rasional, adakah ini cara terbaik untuk membenci seseorang? Ya, memang terdapat berita yang kurang enak tentang ketua pembangkang ini, tetapi wajarkah kita membencinya sehingga ke tahap begini. jika tidak suka akan Anwar Ibrahim, jangan undi Anwar Ibrahim! Kerana perbuatan ini hanya akan memecah-belahkan rakyat di Malaysia. Sistem perundangan di Malaysia masih lagi kukuh dan adil, jadi jika betul Anwar Ibrahim bersalah, maka mahkamah pasti akan menyabitkan kesalahan tersebut. Tidak perlu melakukan perang mental menubuhkan kelab sebegini. Daripada menggunakan wang untuk membuat topi atau baju pertubuhan, lebih baik wang itu disalurkan untuk membuat ceramah agama atau menolong orang di gelandangan yang merempat. Malaysia negara yang membangun dan akan maju pada tahun 2020, tetapi dengan pemikiran dan mentaliti seperti ini, sampai bila Malaysia tidak akan layak dikenali sebagai negara maju. Terdapat hadith rasululah tentang perpecahan umat melalui kumpulan atau asabiyyah iaitu “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud)." Jadi, membuat kelompok membenci seseorang bukanlah sesuatu yang digalakkan dan dibanggakan. Sepatutnya kita sedih kerana kita masih lagi berpecah. Di mana semangat nasionalisma bangsa kita? Sifat membenci seseorang juga tidak digaakkan seperti dalam hadith rasulullah yang bermaksu" Janganlah kamu berdengki-dengkian dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah diantara kamu berjual di atas penjualan orang lain dan jadilah kamu hamba allah yang bersaudara". Jadi tegasnya di sini, kita perlu rasional dalam membuat tindakan dan keputusan. Allah telah menurunkan al-quran sebagai panduan, jadi kajilah dan muliakan al-quran. Tidak dosa jika berpolitik tetapi dosa jika melebihi had yang telah ditetapkan kerana setiap yang melampaui batas itu memudaratkan dan membawa pada perpecahan umat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Politik lebih kepada serangan individu daripada memperjuangkan hak rakyat. Pertubuhan tersebut tidak perlu dilayan. Perjuangan DSAI bukan untuk menjawab maki hamun puak mereka...
ReplyDelete