Saturday 28 April 2012

BERSIH : Menyatukan Rakyat Memecahkan Bangsa

BERSIH 3.0 telah dijalankan dengan jayanya, ramai peniaga yang rugi(termasuk pemandu teksi), banyak pelancong yang terkejut kerana kalah rusuhan di London dan di Mesir, dan keadaan ekonomi akan tergugat. Saya meramalkan kejatuhan ekonomi dicatatkan pada hari isnin sebanyak beberapa mata kerana ramai pelabur berasa trauma dan menyatakan negara Malaysia tidak aman. Itulah kesan apabila kebebasan diberikan secara tiba-tiba dan rakyat bersuara dengan penuh semangat. Apa yang menarik tentang BERSIH ialah saya  lihat ramai kaum Melayu dan kaum Cina bersatu hati menyuarakan satu pendapat. Ini satu pencapaian yang agak cemerlang kerana beberapa tahun dahulu, bangsa Melayu dan Cinalah yang bermusuhan menghidupkan api 13 Mei. Walaupun banyak harta awam yang musnah, tetapi perlu kita ingat, ukhwah yang terjalin antara bangsa merupakan sesuatu yang susah dan ia telah terbukti untuk menjadi tidak mustahil. Tetapi ikatan persaudaraan antara bangsa Melayu sendiri kian rapuh. Sikap menunding jari semakin menjadi-jadi. Dikatakan pengaruh tokoh itu dan menjadi kuda tunggangan tokah ini, sikap ini hanya membawa kepada keburukan dan kehancuran. Perlu kita ingat, apa yang diperjuangkan oleh BERSIH itu ada benarnya dan rasionalnya tetapi mungkin ada segelintir daripada kita( termasuk saya) tidak bersetuju dengan perlaksanaan BERSIH. Kepentingan Pembangkang ialah ia merupakan penyeimbang kepada Kerajaan. Tidak semua yang dilaksanakan oleh kerajaan betul dan tidak semua yang dilaksanakan oleh pembangkang salah. Kita tidak lihat kebuluran pada tahap ekstrim di negara kita dan perlu kita sedar jika pembangkang selalu salah, maka pembangkang pasti tidak dapat kepercayaan rakyat dan pasti tiada kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. Jadi, sifat saling memerlukan inilah yang menyebabkan politik itu subjek yang menarik. Subjek yang boleh ditafsirkan oleh pemikiran masing-masing. Politik itu fahaman, dan merupakan satu aliran pemikiran. Ia perlu dijalankan secara intelektual dan berhemah.Boleh dijadikan topik perbualan di kedai kopi, tetapi berpada-pada dan sentiasa menggunakan fakta dan sumber yang boleh dipercayai. Politik tiada yang betul dan tiada yang salah kerana ia dikawal oleh manusia dan menggunakan undang-undang manusia. Tdak salah mahasiswa berpolitik malah ia digalakkan, kerana tokoh-tokoh terdahulu juga berpolitik dan mereka berjaya mengukir nama dengan megahnya di arena politik. Tetapi pelajaran juga diutamakan kerana ia menjamin kecemerlangan diri dan kecemerlangan negara. Jadi, atas sikap melampaui batas dan mengeluarkan hujah tanpa fakta inilah, perpecahan bangsa berlaku dan pergolakan negara akan tercetus. Ambil pengajaran pada hari ini dan perbaiki diri pada esok hari. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Thursday 26 April 2012

BERSIH : Satu Fenomena

Pada 28 April 2012, satu perhimpunan gergasi akan diadakan menggunakan nama yang sangat menarik iaitu BERSIH 3.0. Macam anti-virus. Jadi, antara agenda utama yang menjadi manifestasi perhimpunan ini ialah mengidamkan satu pilihanraya yang bebas daripada korupsi dan permainan kotor politik. Antara orang hebat yang turut serta ialah penulis novel Salina, Datuk A Samad Said dan orang kuat yang menyokong LGBT iaitu Datuk Ambiga. Jadi, isu Bersih 3.0 ini merupakan satu isu yang hangat dan membara di media massa. Daripada isu penukaran tempat oleh DBKL hingga ke isu pengharaman ke atas penyokongan Datuk Ambiga oleh presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Ismail Mina Ahmad( Utusan Malaysia 26April'12), hampir kesemua isu ini berkaitan dengan perhimpunan Bersih. Bahagian promosi perhimpunan ini juga sangat gigih menarik minat ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendidikan untuk menghadiri perhimpunan ini. Pada pendapat saya, tidak perlu mengadakan satu perhimpunan untuk menyatakan keinginan rakyat terhadap keadilan.Saya yakin dan pasti, korupsi itu wujud dan saya yakin dan pasti kebanyakkan ahli politik sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi atau mengekalkan jawatan yang disandang. Jadi, sedar;ah wahai pemimpin yang arif lagi bijaksana, rakyat inginkan keadilan, ketulusan dan intergriti. Jadi, rakyat menghadiri perhimpunan seumpama ini kerana ingin memberitahu kepada pemimpin tentang perkara ini. Jujur saya katakan bahawa saya tidak setuju perhimpunan ini diadakan kerana perhimpunan ini akan mencetuskan semangat assabiyah dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi itu pilihan masing-masing. Tidak salah rakyat menuntut hak mereka kerana telah termaktub dalam undang-undang bahawa rakyat dibenarkan berhimpun. Mengenai isu haram menyokong Datuk Ambiga kerana dia menyokong golongan LGBT. Dia menyokong LGBT berasaskan undang-undang hak asasi manusia. Jadi, jika kita ingin menjatuhkan Datuk Ambiga, maka kita perlu sokong undang-undang yang berasaskan islam iaitu hukum hudud. Jadi, marilah kita bersama menyokong hukum hudud untuk membasmi golongan songsang ini. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Tuesday 24 April 2012

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) : Niat Tak Menghalalkan Cara

Agak terkejut saya apabila terdapat satu pertubuhan yang mempunyai nama yang unik. Komen saya tentang nama kelab ini ialah sangat menarik, "catchy" dan spesifik. Kelab ini bertujuan untuk mendedahkan kelakuan buruk Anwar Ibrahim iaitu bekas menteri kewangan Malaysia sekaligus menarik minat orang ramai untuk menyokong untuk membangkang Anwar Ibrahim. Sangat murni usaha kelab ini sehingga terdapat pelancaran di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Tetapi, sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikir secara rasional, adakah ini cara terbaik untuk membenci seseorang? Ya, memang terdapat berita yang kurang enak tentang ketua pembangkang ini, tetapi wajarkah kita membencinya sehingga ke tahap begini. jika tidak suka akan Anwar Ibrahim, jangan undi Anwar Ibrahim! Kerana perbuatan ini hanya akan memecah-belahkan rakyat di Malaysia. Sistem perundangan di Malaysia masih lagi kukuh dan adil, jadi jika betul Anwar Ibrahim bersalah, maka mahkamah pasti akan menyabitkan kesalahan tersebut. Tidak perlu melakukan perang mental menubuhkan kelab sebegini. Daripada menggunakan wang untuk membuat topi atau baju pertubuhan, lebih baik wang itu disalurkan untuk membuat ceramah agama atau menolong orang di gelandangan yang merempat. Malaysia negara yang membangun dan akan maju pada tahun 2020, tetapi dengan pemikiran dan mentaliti seperti ini, sampai bila Malaysia tidak akan layak dikenali sebagai negara maju. Terdapat hadith rasululah tentang perpecahan umat melalui kumpulan atau asabiyyah iaitu   “Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada assabiah, bukan sesiapa yang berperang atas assabiah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas assabiah. (Riwayat Abu Daud)." Jadi, membuat kelompok membenci seseorang bukanlah sesuatu yang digalakkan dan dibanggakan. Sepatutnya kita sedih kerana kita masih lagi berpecah. Di mana semangat nasionalisma bangsa kita? Sifat membenci seseorang juga tidak digaakkan seperti dalam hadith rasulullah yang bermaksu" Janganlah kamu berdengki-dengkian dan janganlah kamu bertipu-tipuan dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah diantara kamu berjual di atas penjualan orang lain dan jadilah kamu hamba allah yang bersaudara". Jadi tegasnya di sini, kita perlu rasional dalam membuat tindakan dan keputusan. Allah  telah menurunkan al-quran sebagai panduan, jadi kajilah dan muliakan al-quran. Tidak dosa jika berpolitik tetapi dosa jika melebihi had yang telah ditetapkan kerana setiap yang melampaui batas itu memudaratkan dan membawa pada perpecahan umat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Sunday 22 April 2012

PTPTN : Politikkan Pendidikan

Saya amat teruja apabila PTPTN dijadikan satu isu politik yang agak serius. Sejak kebelakangan ini,  terpampang di media massa tentang satu kelompok manusia yang mencadangkan pemansuhan PTPTN. Sangat menarik. Kerana PTPTN ini merupakan satu kaedah bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membiayai pelajaran mereka. Antara cadangan kelompok ini ialah menjadikan PTPTN sebagai biasiswa yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin sambung belajar. Secara mudahnya, maksud biasiwa ialah hadiah. Hadiah yang biasanya diberikan dalam apa-apa bentuk, termasuk wang, kepada sesiapa yang telah mencapai kecemerlangan dalam sesuatu  bidang. Jadi, jika PTPTN dijadikan biasiswa, yang layak menerimanaya hanyalah golongan yang cemerlang dalam pelajaran sahaja. Realitinya, tidak semua pelajar di Malaysia cemerlang. Bahkan ada yang hanya menganggap pelajaran sebagai satu mainan. Jadi sebelum kita bercadang ingin menukar sesuatu dasar, adalah lebih mulia jika kita mengubah minda rakyat Malaysia dahulu. Bagi saya PTPTN ini membantu mereka yang ingin meneruskan tahap pendidikan mereka walaupun mempunyai kekangan wang. Jika kita melihat hakikat PTPTN, ia mengajar kita erti sebenar kerja keras. Kerana sesiapa yang mendapat ijazah kelas pertama, jadi pembayaran mereka akan dimansuhkan, dan itu merupakan satu hadiah kepada mereka. Dan jika mereka ingin menyambung pembelajarannya, berbekalkan ijazah kelas pertama, adalah lebih baik mereka memohon biasiswa yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat supaya mereka akan menambahkan kualiti pendidikan mereka disamping mendapat pekerjaan yang lebih baik. Jadi, saya amat tidak sokong idea memansuhkan PTPTN kerana ia tidak releven. 

Cadangan saya ialah :

1-Menukar kos pentadbiran kepada satu nilai yang khusus bukan menggunakan nilai peratus dari pinjaman, contohnya daripada 1% daripada nilai setiap tahun kepada RM 20 000.

2- Membuat pengurangan pembayaran bagi ijazah kelas kedua atas.

3-Menstruktur semula tempoh pembayaran semula PTPTN.

Jadi, janganlah kita hanya meminta, berubahah jika inginkan kesenangan. Sebelum memberi satu idea, tolak semua kepentingan politik dan fikir akan kebaikan dan keburukannya. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRAH.

Thursday 19 April 2012

Politics 101 : Gaji Menteri, Ahli Parlimen, Elaun, Dan Sebagainya


Pada kali ini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang gaji menteri, ahli parlimen dan elaun yang akan diperolehi. Jadi, habuan menjadi seorang ahli politik itu amat penting disamping keinginan untuk mengubah takdir rakyat dan berjasa dalam mengubah haluan sesebuah negara kearah yang lebih baik. Jika tidak, masakan ramai diantara rakyat di Malaysia berebut-rebut inginkan tempat di dewan parlimen sehingga sanggup menggunakan taktik kotor seperti politik wang . Jadi, inilah antara senarainya.

Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan

Timbalan Perdana Menteri –    RM 18,168.15 sebulan

Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen -  RM   7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
Elaun-elaun Menteri
Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan  : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi  : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000
(KESEMUA MAKLUMAT INI ADALAH PADA TAHUN 2010)
Hebatkan gaji dan elaun mereka. Jadi, bagi mereka yang ingin mejadi ahli politik, jadilah, kerana habuannya agak lumayan. Tetapi kita perlu ingat untuk menjalankan tugas dengan adil,telus dan berintergriti kerana duit ini ialah duit rakyat, jika tidak buat kerja setimpal dengan habuannya, maka ini bermaksud anda telah menyalahgunakan duit rakyat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.


Wednesday 18 April 2012

Politics 101 : Subsidi

Pada hari ini , saya akan menerangkan secara mudahnya tentang subsidi. Dalam konteks negara Malaysia, subsidi ialah satu bentuk bantuan kewangan yang bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia. Antara bahan yang mendapat subsidi ialah barangan keperluan harian seperti gula, beras, tepung dan minyak. Barangan ini ialah antara barang kawalan di negara Malaysia kerana barangan ini merupakan nadi utama rakyat negara Malaysia. Pada tahun 2012, sebanyak RM18.892 billion telah diperuntukkan untuk menjadi subsidi di negara Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum. Pada Buletin Utama TV3 bertarikh 18 April 2012, terdapat satu pertubuhan yang mencadangkan pemansuhan subsidi tepung gandum 25kg kerana ia hanya menguntungkan golongan peniaga dan pengusaha industri. Bagi cadangan saya pula, kita mansuhkan sahaja subsidi bagi diesel kerana kebanyakkan pengguna diesel adalah daripada pemandu lori yang membawa barangan bertujuan untuk perniagaan seperti mengangkut pasir, membawa simen atau membawa minyak. Juga kita perlu mansuhkan subsidi minyak masak yang digunakan di restoran kerana ia hanya menguntungkan peniaga restoran tersebut. Apa yang menjadi kerisauan dan keraguan saya ialah, jumlah wang yang diperuntukkan untuk subsidi tidak digunakan sepenuhnya untuk subsidi, tetapi telah diselewengkan ke arah lain. Harapan saya ialah perkara itu tidak berlaku kerana ia hanya akan memalukan rakyat dan pemimpin. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Saturday 14 April 2012

Mereka Mengakuinya, Mengapa Kita Tidak


Michael H. Hart telah memilih Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh no.1 paling berpengaruh di dunia. Kata beliau, “Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam 2 bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang.” – Dipetik dari buku Bukti-Bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad.
1. Nabi Muhammad SAW — pendiri Islam, penguasa Arabia
2. Isaac Newton — fisikawan, pencetus teori gravitasi umum, hukum gerak
3. Yesus — pembawa agama Kristen
4. Siddhartha Gautama (Buddha) — pendiri agama Buddha
5. Kong Hu Cu — pendiri agama Kong Hu Cu
6. Santo Paulus — penyebar agama Kristen
7. Ts’ai Lun — penemu kertas
8. Johann Gutenberg — mengembangkan mesin cetak, mencetak Alkitab
9. Christopher Columbus — penjelajah, memimpin orang-orang Eropa ke Amerika
10. Albert Einstein — fisikawan, penemu Teori Relativitas
11. Louis Pasteur — ilmuwan, penemu pasteurisasi
12. Galileo Galilei — astronom, secara akurat mengemukakan Teori Heliosentris
13. Aristoteles — filsuf Yunani yang berpengaruh
14. Euklides — matematikawan, membuktikan tentang geometri
15. Nabi Musa — nabi terbesar Yahudi
16. Charles Robert Darwin — biolog, mendeskripsikan Teori Evolusi
17. Kaisar Qin Shi Huang — Kaisar Tiongkok
18. Augustus Caesar (Kaisar Agustus) — kaisar pertama Romawi
19. Nicolaus Copernicus — astronom, salah satu tokoh Teori Heliosentris
20. Antoine Laurent Lavoisier — bapak kimia modern, filsuf, ekonom
21. Konstantin yang Agung — Kaisar Romawi yang menjadikan agama Kristen sebagai agama resmi negara
22. James Watt — mengembangkan mesin uap
23. Michael Faraday — fisikawan, kimiawan, menemukan induksi elektromagnetik
24. James Clerk Maxwell — fisikawan, penemu spektrum elektromagnetik
25. Martin Luther — pendiri agama Protestan dan aliran Lutheran
26. George Washington — presiden pertama Amerika Serikat
27. Karl Heinrich Marx — bapak komunisme
28. Orville Wright dan Wilbur Wright — penemu pesawat terbang
29. Jengis Khan — penakluk dari bangsa Mongol
30. Adam Smith — ekonom, pelopor kapitalisme
31. Edward de Vere, 17th Earl of Oxford — kemungkinan menulis karya yang berkaitan dengan William Shakespeare
32. John Dalton — kimiawan, fisikawan, penemu teori atom, hukum tekanan parsial (Hukum Dalton)
33. Alexander yang Agung / Iskandar Zulkarnain — penakluk dari Makedonia
34. Kaisar Napoleon Bonaparte — penakluk dari bangsa Perancis
35. Thomas Alva Edison — penemu bola lampu dan fonograf, dll.
36. Antony van Leeuwenhoek — ahli mikroskop, mempelajari kehidupan mikroskopis
37. William Thomas Green Morton — pelopor anestesiologi
38. Guglielmo Marconi — penemu radio
39. Adolf Hitler — penakluk, memimpin Blok Poros dalam Perang Dunia II
40. Plato — filsuf Yunani
41. Oliver Cromwell — politikus Inggris dan pemimpin militer
42. Alexander Graham Bell — salah seorang penemu telepon
43. Alexander Fleming — penemu penisilin, memajukan bakteriologi, imunologi dan kemoterapi
44. John Locke — filsuf dan teolog liberal
45. Ludwig van Beethoven — komponis musik klasik
46. Werner Karl Heisenberg — pencetus Prinsip Ketidakpastian
47. Louis-Jacques-Mandé Daguerre — penemu/pelopor fotografi
48. Simon Bolivar — pahlawan nasional dari Venezuela, Kolombia, Ekuador, Peru, dan Bolivia
49. René Descartes — filsuf rasionalis dan matematikawan
50. Michelangelo Buonarroti — pelukis, pematung, arsitek
51. Paus Urbanus II — penyeru Perang Salib
52. Umar bin al-Khattab — Khalifah Ar-Rasyidin kedua, memperluas Daulah Khilafah Islamiyah
53. Asoka — raja India yang masuk dan mengembangkan agama Buddha
54. Santo Augustinus — teolog Kristen awal
55. William Harvey — penemu sirkulasi darah
56. Ernest Rutherford, 1st Baron Rutherford of Nelson — fisikawan
57. Yohanes Calvin — tokoh Reformasi Gereja, pendiri Calvinisme
58. Gregor Johann Mendel — penemu teori genetika
59. Max Karl Ernst Ludwig Planck — fisikawan, mengemukakan termodinamika
60. Joseph Lister, 1st Baron Lister — pelaku penemuan antiseptik yang secara besar mengurangi kematian akibat pembedahan
61. Nikolaus August Otto — penemu mesin pembakaran 4 tak
62. Francisco Pizarro — penakluk bangsa Spanyol yang menaklukkan Kerajaan Inka di Amerika Selatan
63. Hernando Cortes — penakluk bangsa Spanyol yang menaklukkan Meksiko
64. Thomas Jefferson — presiden ketiga AS
65. Ratu Isabella I — penguasa Spanyol, penyokong Cristopher Colombus
66. Joseph Stalin — tokoh revolusioner dan penguasa Uni Soviet
67. Julius Caesar — penguasa Roma
68. Raja William I sang Penakluk — meletakkan pembangunan Inggris modern
69. Sigmund Freud — pendiri sekolah Freud untuk psikologi, ahli psikoanalisis
70. Edward Jenner — penemu vaksin cacar
71. Wilhelm Conrad Roentgen — penemu sinar X
72. Johann Sebastian Bach — komponis
73. Lao Tzu — pendiri Taoisme
74. Voltaire — penulis dan filsuf
75. Johannes Kepler — astronom penemu Hukum Kepler tentang pergerakan planet
76. Enrico Fermi — salah satu tokoh abad atom, bapak bom atom
77. Leonhard Euler — fisikawan, matematikawan penemu kalkulus diferensial dan integral serta al-Jabar
78. Jean-Jacques Rousseau — filsuf dan pengarang Prancis
79. Niccolò Machiavelli — penulis Sang Pangeran (risalat politik yang berpengaruh)
80. Thomas Robert Malthus — ekonom penulis Esai Prinsip Populasi dalam Pengaruhnya pada Kemajuan Masa Depan pada Masyarakat
81. John Fitzgerald Kennedy — presiden AS yang mendirikan “Program Luar Angkasa Apollo”
82. Gregory Goodwin Pincus — endokrinolog, menemukan pil KB
83. Mani — Nabi Iran abad ke-3, pendiri Manicheanisme
84. Lenin — tokoh revolusioner dan pemimpin Rusia
85. Kaisar Sui Wen — menyatukan Tiongkok, pendiri dinasti Sui
86. Vasco da Gama — navigator, penemu rute pelayaran Eropa ke India
87. Raja Cyrus (Koresy) yang Agung — pendiri kekaisaran Persia
88. Tsar Peter yang Agung — mendekatkan Rusia kepada Eropa
89. Mao Zedong — bapak Maoisme, komunisme Tiongkok
90. Sir Francis Bacon — filsuf, menggambarkan secara induktif metode ilmiah
91. Henry Ford — pembuat mobil model T
92. Meng Tse — filsuf, pendiri sekolah Konfusianisme
93. Zarathustra — pendiri Zoroastrianisme
94. Ratu Elizabeth I — ratu Inggris, memperbaiki Gereja Inggris setelah Ratu Mary
95. Mikhail Sergeyevich Gorbachev — Perdana Menteri Rusia yang mengakhiri Komunisme di Uni Soviet dan Eropa Timur
96. Raja Menes — menyatukan Mesir Atas dan Mesir Bawah
97. Kaisar Charlemagne — Kaisar Romawi Suci
98. Homer — penyair epik
99. Kaisar Justinianus I — kaisar Romawi, menaklukkan kembali kekaisaran Mediterania
100. Mahavira — pendiri Jainisme
Sesungguhnya orang bukan islam lebih membanggakan pemimpin islam, kita harus berubah dan mengubah perkara itu. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Friday 13 April 2012

Politics 101: Perbezaan Pangkat Datuk, Tun, Tan Sri dan Sebagainya

Secara amnya kita boleh bezakan dengan pantas melalui nama panggilan seperti Tun, Tan Sri, Datuk Seri, Dato' ataupun Datuk. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut dan jelas, sila baca maklumat susunan keutamaan Darjah-Darjah Kebesaran pada fakta-fakta yang aku sisipkan di bawah ini.

DARJAH-DARJAH KEBESARAN BINTANG-BINTANG DAN PINGAT MALAYSIA
* DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA (D.K.M.)
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai sepuluh orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada setiap Baginda Raja yang telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.
* DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.)
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA PANGKUAN NEGARA

* SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA (S.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Pertama. Darjah kebesaran ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'.
* PANGLIMA MANGKU NEGARA (P.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kedua. Darjah kebesaran ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 75 orang, tidak termasuk warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.
* JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Ketiga. Jumlah penyandang terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.
* KESATRIA MANGKU NEGARA (K.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Keempat. Jumlah penyandang tidak terhad
* AHLI MANGKU NEGARA (A.M.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara Pangkat Kelima. Jumlah penyandang tidak terhad.
* PINGAT PANGKUAN NEGARA (P.P.N.)
Ia merupakan pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara. Jumlah penyandang tidak terhad.


DARJAH-DARJAH YANG MULIA SETIA MAHKOTA MALAYSIA

* SERI SETIA MAHKOTA (S.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 25 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.

* PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Kedua. Anugerah ini membawa gelaran 'Tan Sri' dan isteri penyandang bergelar 'Puan Sri'. Keanggotaan dalam Darjah ini terhad kepada 450 orang, tidak termasuk anugerah kehormat yang dikurniakan kepada warganegara asing.

* JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia Pangkat Ketiga. Jumlah anugerah ini terhad kepada 1,200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH YANG MULIA JASA NEGARA

* PANGLIMA JASA NEGARA (P.J.N.)
Merupakan Darjah Yang Mulia Jasa Negara Pangkat Pertama. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'. Keanggotaan dalam darjah ini terhad kepada 300 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.


DARJAH-DARJAH YANG AMAT DIHORMATI SETIA DIRAJA


* PANGLIMA SETIA DIRAJA (P.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Pertama. Jumlah anugerah ini terhad kepada 200 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Anugerah ini membawa gelaran 'Datuk' dan isteri penyandang bergelar 'Datin'.

* JOHAN SETIA DIRAJA (J.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja pangkat Kedua.

* KESATRIA SETIA DIRAJA (K.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Ketiga.

* BENTARA SETIA DIRAJA (B.S.D.)
Merupakan Darjah Yang Amat Dihormati Setia Diraja Pangkat Keempat.


DARJAH BAKTI


* DARJAH BAKTI (D.B.)
"Berbakti Untuk Negara". Ianya dikurniakan kepada rakyat Malaysia yang telah masyhur namanya di Malaysia dan juga di kalangan antarabangsa serta telah memberi sumbangan cemerlang dalam kemajuan seni, sains dan kemanusiaan. Anugerah ini adalah dihadkan kepada 10 orang sahaja.


DARJAH-DARJAH GAGAH PERKASA


* SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)
Ini merupakan anugerah yang tertinggi sekali dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. Bintang Kehormat ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan.

* PANGLIMA GAGAH BERANI (P.G.B.)
Dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh.

* JASA PERKASA PERSEKUTUAN (J.P.P.)
Juga dikurniakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa di luar medan peperangan.

* PINGAT TENTERA UDARA (P.T.U.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia kerana keperwiraan atau taat setia yang teristimewa ketika menjalankan kewajipan penerbangan dalam masa operasi ataupun tidak.

* KEPUJIAN PERUNTUKAN KEBERANIAN (K.P.K.)
Dikurniakan kepada anggota Angkatan Tentera dan Pasukan Polis yang telah menunjukkan atau melakukan sesuatu yang dianggap gagah berani tetapi tindakan itu tidaklah sebegitu tinggi untuk membolehkan mereka dikurniakan pingat.

BINTANG DAN PINGAT BAGI PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN KELAKUAN TERPUJI


* PINGAT KEBAKTIAN (P.K.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota-anggota pasukan Tentera Sukarela dan Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT KHIDMAT BERBAKTI (P.K.B.)
Dikurniakan kerana khidmat-khidmat am anggota-anggota Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform

* PINGAT PERKHIDMATAN AM (P.P.A.)
Dikurniakan untuk mengiktiraf dan menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera Persekutuan dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.

* PINGAT PERKHIDMATAN SETIA (P.P.S.)
Dikurniakan untuk menghargai khidmat lama dan kelakuan terpuji anggota tetap Angkatan Tentera dan semua Pasukan Perkhidmatan Beruniform.


PINGAT-PINGAT PERINGATAN


* PINGAT PERINGATAN MALAYSIA (P.P.M.)
Dibuat dalam tiga peringkat, iaitu emas, perak dan gangsa. Pingat ini khusus untuk mereka yang telah banyak memberikan khidmat cemerlang dalam usaha menubuhkan persekutuan Malaysia hingga 31 Ogos 1965.


SUMBER: Buku Cenderamata, Istiadat Mengadap Dan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Dan Pingat-Pingat Malaysia Pada 3 Jun 2000, ISTANA NEGARA, Kuala Lumpur

SUSUNAN KEUTAMAAN BAGI ANUGERAH-ANUGERAH PERSEKUTUAN

1 SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA S.P. 2 DARJAH YANG MAHA UTAMA KERABAT DIRAJA MALAYSIA D.K.M. 3 DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA D.M.N. 4 SERI MAHARAJA MANGKU NEGARA S.M.N. 5 SERI SETIA MAHKOTA MALAYSIA S.S.M. 6 DARJAH BAKTI D.B. 7 PANGLIMA MANGKU NEGARA P.M.N 8 PANGLIMA SETIA MAHKOTA P.S.M. 9 PANGLIMA JASA NEGARA P.J.N. 10 PANGLIMA SETIA DIRAJA P.S.D. 11 JOHAN MANGKU NEGARA J.M.N. 12 JOHAN SETIA MAHKOTA J.S.M. 13 JOHAN SETIA DIRAJA J.S.D. 14 KESATRIA MANGKU NEGARA K.M.N. 15 KESATRIA SETIA DIRAJA K.S.D. 16 AHLI MANGKU NEGARA A.M.N. 17 PINGAT PANGKUAN NEGARA P.P.N. 18 BENTARA SETIA DIRAJA B.S.D. 19 PANGLIMA GAGAH BERANI P.G.B. 20 JASA PERKASA PERSEKUTUAN J.P.P. 21 PINGAT TENTERA UDARA P.T.U. 22 PINGAT KEBAKTIAN P.K. 23 PINGAT KHIDMAT BERBAKTI P.K.B. 24 PINGAT PERKHIDMATAN AM P.P.A. 25 KEPUJIAN PERUTUSAN KEBERANIAN K.P.K. 26 PINGAT PERKHIDMATAN SETIA P.P.S. 27 PINGAT PERINGATAN MALAYSIA P.P.M. 28 PINGAT-PINGAT PERTABALAN -

Infromasi tambahan (1) Suami dapat panggilan 'Datuk', secara automatik orang rumahnya dipanggil 'Datin' (bertuah pompuan ni ya). Kalau orang rumah dapat anugerah 'Datuk', secara automatiknya si suami tadi MASIH bergelar ENCIK sahaja .


(2) Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka terbuka kepada seluruh warga negara Malaysia yang banyak sumbangan dan jasa kepada kerajaan (terutamanya kepada negeri tanah kelahirannya - kerajaan negeri). Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka boleh dikatakan hanya terbuka kepada orang awam macam kita sahaja dan tidak kepada anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan kerana Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat yang membawa gelaran Datuk Paduka ini lebih dianggap sebagai Darjah Kebesaran Bintang atau Pingat Kelas Dua (ada Kelas Satu juga). (3) Anak-anak mahupun waris terdekat para Sultan-Sultan biasanya dianugerah dengan DARJAH UTAMA SERI MAHKOTA NEGARA (D.M.N.). Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya terhad kepada 30 orang, 15 daripadanya mungkin daripada Anak-anak Raja Negara Luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.

Disebabkan gelaran ini adalah anugerah yang tertinggi kalau mengikut senarai susunan keutamaan, kebiasaanya diberikan kepada bekas para hakim ataupun bekas menteri yang TERLALU BANYAK SUMBANGANNYA kepada negara. Anugerah Darjah ini terhad kepada 25 orang sahaja.



Tetapi bagaimana yang membeli gelaran tersebut dan mempergunanya untuk kepentingan sendiri. Jika amalan itu dibuat sebesar biji sawi, maka ia akan di balas walaupun sebesar biji sawi. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Thursday 12 April 2012

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki)

Undilah - MV (Namewee, Afdlin Shauki): A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

Wednesday 11 April 2012

Teladan Bagi Kita Semua

Pada suatu hari, ada seekor burung terbang tinggi di udara. Ketika itu musim sejuk, jadi akibat tipuan angin yang sejuk itu, burung itu terus beku dan jatuh di sebuah ladang lembu. Tiba-tiba, seekor lembu melepaskan hajat besar keatas burung yang beku itu. Akibat kehangatan najis lembu itu, burung itu beransur cair. Burung itu sangat gembira kerana kini, burung itu boleh bergerak, walaupun ia ditimpa najis lembu yang besar. burung itu berkucau dan menyanyi dengan kuat dan merdu. Datanglah seekor kucing kehairanan melihat tahi berbunyi. Kucing itu mendapati terdapat seekor borung tertimbus di dalam tahi tersebut. Kucing itu menggali najis lembu itu dalam usaha membebaskan burung itu. Burung itu bertambah gembira mendapati ada seekor kucing ingin menolongnya. Selepas burung itu bebas dari  cengkaman najis lembu itu, kucing itu menemani burung itu mandi di kolam, lalu kucing itu terus memakan burung itu tanpa memberi amaran.
Konklusinya, walaupun seseorang itu membuat satu perkara kepada kita,dan kita menganggap itu satu perkara yang keji dan hina, tidak bermakna dia berniat sedemikian. mungkin niatnya ingin menyedarkan kita dan satu-satunya cara untuk mencairkan ego kita yang sekeras batu ialah dengan melakukan satu perkara yang paling kita benci. Walaupun seseorang itu menolong kita, tidak bermakna dia tiada agenda tersembunyi. Kerana kebanyakkan orang yang mempunyai kelebihan, selalu dipergunakan dan ditipu, dan akhirnya dijadikan pak sanggup atas perkara yang telah dilakukan. Akhir sekali, janganlah kita menjadi kecoh setelah mendapat sesuatu kejayaan bak ayam bertelur, riuh satu kampung. Jadilah kita seperti penyu, bertelu lalu ditimbus telurnya dengan pasir, sedangkan telurnya amat berharga. Pemimin yang hebat adalah ibarat ubi, diam tapi berisi, buakn seperti tin kosong, bising bunyinya apabila diketuk. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

Sunday 8 April 2012

Politics 101:The big Introduction

Pada hari ini aku akan terangkan beberapa konsep asas politik yang perlu kita semua tahu demi memantapkan ilmu diri kita dan meluaskan pengetahuan diri kita. Ini adalah beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang dunia politik.


1-PILIHANRAYA: Diadakan empat tahun sekali, pilihanraya merupakan proses apabila rakyat sesebuah negara diberi mandat menentukan pemimpin dengan cara mengundi seseorang calon atau sesebuah parti. Pihak yang mempunyai majoriti undiannya dikira pemenang. Di Malaysia, proses pilihanraya diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR. Pilihanraya di Malaysia dilindungi di bawah  Akta 19, Akta Pilihanraya 1958. Pilihanraya seharusnya dijalankan secara jujur dan telus agar pemimpin yang dipilih adalah yang berkaliber dan berakhlak mulia kerana terdapat firman allah yang berbunyi. ”Seandainya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, niscaya akan Kami turunkan keberkahan dari langit dan bumi”. QS. Al A’raf : 96. 


2-DEMOKRASI: Demokrasi merupakan salah satu bentuk kerajaan yang undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Undang-undang akan digubal oleh rakyat atau wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi diberi nama negara yang demokratik. Di Malaysia, sistem kerajaan yang diamalkan oleh negara ialah demokrasi raja berpelembagaan. 

3-RAJA BERPELEMBAGAAN: Ini merupakan sebuah sistem yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Menggunakan konsep politik tiga serangkai, raja dianggap sebagai ketua simbolik yang kuasanya terhad pada perlembagaan negara. Jikalau raja itu diberi kuasa yang penuh, konsep itu dipanggil monarki mutlak. Di Malaysia, Agong merupakan ketua agama dan negara. Agong dipilih daripada golongan yang terdapat dalam Majlis Raja-raja Melayu mengikut sistem giliran.

Itulah sedikit-sebanyak ilmu yang dapat dikongsi pada hari ini. Pengetahuan ini amat berharga pada semua kerana sebagai rakyat Malaysia, kita telah diberi hak dan mandat untuk memilih pemimpin kita melalui proses pilihanraya apabila menjelang umur kita 21 tahun. Kita harus peka tentang perkara ini kerana kita mestilah memilih pemimpin yang mulia akhlaknya, baik pekertinya dan adil keputusannya. Pemimpin yang terbaik seperti rasulullah dan mempunyai sifat keperibadian seperti rasulullah ialah pemimpin yang sepatutnya memimpin kita semua. Harus kita sedar yang  dalam keadaan dunia yang semakin moden, terdapat banyak strategi yang telah diatur untuk memancing undi dan tegas aku katakan, janganlah kita dikaburi dan termakan dengan pujuk rayu dan janji palsu. Haruslah kita memilih pemimpin yang baik berdasarkan hadith rasulullah yang bermaksud : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”

Konklusinya di sini, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BAIK, JANGAN LUPA SOLAT BERJEMAAN 5 WAKTU, DAN JAUHI DARIPADA HASUTAN DUNIA.


 MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.


Wednesday 4 April 2012

Hak Dan Batil

Korupsi punca armagedon negara. Impian yang dilakar dan harapan yang ingin digapai akhirnya musnah akibat amalan korupsi. Sudah lebih 50 tahun kita merdeka daripada penjajah yang menguasai ekonomi, menjadikan pemimpin sebangsa dan sedarah sebagai alat permainan dan mempolusi pemikiran bangsa dengan elemen-elemen negatif yang memundurkan, tetapi masih kita tidak mampu membebaskan diri kita daripada rantai korupso yang mengunci kita daripada mencapai puncak kejayaan. Kita telah berada di mata dunia, dengan kadar korupsi yang memanaskan mata. korupsi melahirkan rakyat yang merana. Korupsi memutuskan tali kepercayaan si pengikut kepada si pemimpin. Korupsi punca si miskin terus miskin dan si penjenayah melakukan kerjanya tanpa sebarang kegusaran. Bila ditanya mengapa, maka si pengkorupsi terdiam, terkedu, dan tidak berbicara.Bila disuruh mengaku, maka si korupsi melenting dengan yakin dan bergayanya, disuruh berjumpa dengan peguam, inginkan keadilan katanya. Apakah erti korupsi, jika jemaah hakim yang arif lagi bijaksana telah disuapkan dengan dirasuah. Adakah definisi keadilan itu masih releven jika panel yang membuat keputusan menjatuhkan hukuman telah dimandikan dengan rasuah. Keadilan yang suci lagi menyucikan telah dicemari dengan kotoran yang membawa kesan hingga akhir zaman yang diberi nama korupsi. Walau katanya sebagai hadiah, walau didefinisikan sebagai insentif, walau diberi nama sebagai wang kopi, korupsi tetap korupsi, fakta yang tidak boleh diubah. Negara yang dibina dengan keringat dan darah nenek moyang akan hancur musnah akibat korupsi. Pemimpin yang dipilih kerana wawasan dan personaliti yang dimiliki akan hanyut dalam keadaan berdosa akibat korupsi. Rakyat yang makmur, kaya lagi harmoni, akan huru-hara, bertelagah sesama sendiri dan menunding jari, akibat korupsi.Peganglah pada agama dan peganglah pada perlembagaan negara. Kita telah berikrar dan bertaat setia. Ini semua demi kebaikan kita dan masa depan negara. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.


Laman Web Rasmi SPRM(LAPORKAN JIKA TERLIHAT ATAU TERLIBAT)=http://www.sprm.gov.my/
Artikel Perihal Korupsi=http://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/35606-malaysias-corruption-at-its-worst
http://pengajianam900.forumotion.com/t163-rasuah
Hadith Tentang Rasuah=sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Abdullah ibnu Umar :
لَعَنَ اللهُ الرَّاشِيْ وَالمُرْتَشِيْ فِى الحُكْمِ ( رواه الترمذي وأحمد وابن حبان )
Maksudnya : Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerimanya dalam memutuskan hukum

Monday 2 April 2012

Guna Hak Berfikir Sebelum Guna Hak Bersuara

Pemikiran manusia amat susah diselami dan difahami. Bagiku, pemikiran bangsaku yang cetek lagi terbatas telah memasang limitasi bagi bangsaku untuk berfikiran secara rasional. Dengan kebolehan yang amat menakjubkan ini, bangsaku telah berjaya menurunkan taraf bangsaku sendiri. Sangat pelik apabila sebuah karya hasil ekspresi seorang penggiat seni yang tersohor di tanah air ini telah dijadikan tempat tundingan jari bangsaku terhadap sebuah isu yang agak hangat baru-baru ini. Ya, memang isu itu telah menjadi bualan media massa sejak kebelakangan ini tetapi mari kita berfikir sejenak, adakah isu ini satu perkara yang baru? Kesilapan bangsaku ialah bangsaku terlalu ghairah membuat konklusi awal tanpa membuat kajian atau penilaian daripada segi intelektual terhadap sesebuah topik. Sejak kebelakangan ini banyak topik yang telah berjaya dibongkar oleh media massa dan dijadikan bualan hangat seantero tanah air, tetapi sedarlah wahai bangsaku, perkara itu bukan satu perkara yang baru. Perkara itu tidak diketahui oleh bangsaku kerana bangsaku terlampau sombong untuk mencari maklumat dan menimba ilmu. Bangsaku masih berada dalam konsep semasa bangsaku dijajah iaitu selagi tidak disuap, selagi itu tidak dimakan, jika disuapnya racun maka matilah semua.  Bangsaku juga tidak memberikan peluang kepada seseorang untuk memberikan penjelasan, jikalau diberikan peluan pun, bangsaku hanya memekakkan telinga dan menganggap itu hanya sebuah alasan yang direka untuk mempertahankan diri. Bangsaku telah berjaya dengan cemerlangnya dalam menconteng aran ke muka bangsaku sendiri. Aku yakin bangsaku sedar perkara ini, cuma bangsaku takut untuk menghadapi realiti. Bangsaku terlalu takut terhadap kritikan yang diberi walaupun kritikan itu untuk kebaikan sendiri dan bangsaku tidak pandai memberi kritikan yang membina dan ke arah kebaikan. Dengan sifat keji itulah bangsaku telah menutup kecemrlangan masa depan bangsaku sendiri. Bangsaku takut untuk berubah ke arah kebaikan. Hentikan sifat menunding jari ini kerana sifat yang hina inilah akan menyebabkan wawasan 2020 menjadi mimpi dan hanya tinggal impian. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.