Saturday, 28 April 2012
BERSIH : Menyatukan Rakyat Memecahkan Bangsa
BERSIH 3.0 telah dijalankan dengan jayanya, ramai peniaga yang rugi(termasuk pemandu teksi), banyak pelancong yang terkejut kerana kalah rusuhan di London dan di Mesir, dan keadaan ekonomi akan tergugat. Saya meramalkan kejatuhan ekonomi dicatatkan pada hari isnin sebanyak beberapa mata kerana ramai pelabur berasa trauma dan menyatakan negara Malaysia tidak aman. Itulah kesan apabila kebebasan diberikan secara tiba-tiba dan rakyat bersuara dengan penuh semangat. Apa yang menarik tentang BERSIH ialah saya lihat ramai kaum Melayu dan kaum Cina bersatu hati menyuarakan satu pendapat. Ini satu pencapaian yang agak cemerlang kerana beberapa tahun dahulu, bangsa Melayu dan Cinalah yang bermusuhan menghidupkan api 13 Mei. Walaupun banyak harta awam yang musnah, tetapi perlu kita ingat, ukhwah yang terjalin antara bangsa merupakan sesuatu yang susah dan ia telah terbukti untuk menjadi tidak mustahil. Tetapi ikatan persaudaraan antara bangsa Melayu sendiri kian rapuh. Sikap menunding jari semakin menjadi-jadi. Dikatakan pengaruh tokoh itu dan menjadi kuda tunggangan tokah ini, sikap ini hanya membawa kepada keburukan dan kehancuran. Perlu kita ingat, apa yang diperjuangkan oleh BERSIH itu ada benarnya dan rasionalnya tetapi mungkin ada segelintir daripada kita( termasuk saya) tidak bersetuju dengan perlaksanaan BERSIH. Kepentingan Pembangkang ialah ia merupakan penyeimbang kepada Kerajaan. Tidak semua yang dilaksanakan oleh kerajaan betul dan tidak semua yang dilaksanakan oleh pembangkang salah. Kita tidak lihat kebuluran pada tahap ekstrim di negara kita dan perlu kita sedar jika pembangkang selalu salah, maka pembangkang pasti tidak dapat kepercayaan rakyat dan pasti tiada kerusi akan dimenangi oleh pembangkang. Jadi, sifat saling memerlukan inilah yang menyebabkan politik itu subjek yang menarik. Subjek yang boleh ditafsirkan oleh pemikiran masing-masing. Politik itu fahaman, dan merupakan satu aliran pemikiran. Ia perlu dijalankan secara intelektual dan berhemah.Boleh dijadikan topik perbualan di kedai kopi, tetapi berpada-pada dan sentiasa menggunakan fakta dan sumber yang boleh dipercayai. Politik tiada yang betul dan tiada yang salah kerana ia dikawal oleh manusia dan menggunakan undang-undang manusia. Tdak salah mahasiswa berpolitik malah ia digalakkan, kerana tokoh-tokoh terdahulu juga berpolitik dan mereka berjaya mengukir nama dengan megahnya di arena politik. Tetapi pelajaran juga diutamakan kerana ia menjamin kecemerlangan diri dan kecemerlangan negara. Jadi, atas sikap melampaui batas dan mengeluarkan hujah tanpa fakta inilah, perpecahan bangsa berlaku dan pergolakan negara akan tercetus. Ambil pengajaran pada hari ini dan perbaiki diri pada esok hari. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment