Saya amat teruja apabila PTPTN dijadikan satu isu politik yang agak serius. Sejak kebelakangan ini, terpampang di media massa tentang satu kelompok manusia yang mencadangkan pemansuhan PTPTN. Sangat menarik. Kerana PTPTN ini merupakan satu kaedah bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk membiayai pelajaran mereka. Antara cadangan kelompok ini ialah menjadikan PTPTN sebagai biasiswa yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin sambung belajar. Secara mudahnya, maksud biasiwa ialah hadiah. Hadiah yang biasanya diberikan dalam apa-apa bentuk, termasuk wang, kepada sesiapa yang telah mencapai kecemerlangan dalam sesuatu bidang. Jadi, jika PTPTN dijadikan biasiswa, yang layak menerimanaya hanyalah golongan yang cemerlang dalam pelajaran sahaja. Realitinya, tidak semua pelajar di Malaysia cemerlang. Bahkan ada yang hanya menganggap pelajaran sebagai satu mainan. Jadi sebelum kita bercadang ingin menukar sesuatu dasar, adalah lebih mulia jika kita mengubah minda rakyat Malaysia dahulu. Bagi saya PTPTN ini membantu mereka yang ingin meneruskan tahap pendidikan mereka walaupun mempunyai kekangan wang. Jika kita melihat hakikat PTPTN, ia mengajar kita erti sebenar kerja keras. Kerana sesiapa yang mendapat ijazah kelas pertama, jadi pembayaran mereka akan dimansuhkan, dan itu merupakan satu hadiah kepada mereka. Dan jika mereka ingin menyambung pembelajarannya, berbekalkan ijazah kelas pertama, adalah lebih baik mereka memohon biasiswa yang ditawarkan oleh mana-mana syarikat supaya mereka akan menambahkan kualiti pendidikan mereka disamping mendapat pekerjaan yang lebih baik. Jadi, saya amat tidak sokong idea memansuhkan PTPTN kerana ia tidak releven.
Cadangan saya ialah :
1-Menukar kos pentadbiran kepada satu nilai yang khusus bukan menggunakan nilai peratus dari pinjaman, contohnya daripada 1% daripada nilai setiap tahun kepada RM 20 000.
2- Membuat pengurangan pembayaran bagi ijazah kelas kedua atas.
3-Menstruktur semula tempoh pembayaran semula PTPTN.
Jadi, janganlah kita hanya meminta, berubahah jika inginkan kesenangan. Sebelum memberi satu idea, tolak semua kepentingan politik dan fikir akan kebaikan dan keburukannya. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRAH.
undilah pakatan rakyat!
ReplyDelete