Pada kali ini, saya akan menerangkan sedikit sebanyak tentang gaji menteri, ahli parlimen dan elaun yang akan diperolehi. Jadi, habuan menjadi seorang ahli politik itu amat penting disamping keinginan untuk mengubah takdir rakyat dan berjasa dalam mengubah haluan sesebuah negara kearah yang lebih baik. Jika tidak, masakan ramai diantara rakyat di Malaysia berebut-rebut inginkan tempat di dewan parlimen sehingga sanggup menggunakan taktik kotor seperti politik wang . Jadi, inilah antara senarainya.
Senarai Gaji Perdana Menteri Malaysia & Gaji Menteri Malaysia :
Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
Elaun-elaun Menteri
Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung.
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79
Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari
Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari
Elaun Hiburan : RM1,500
Elaun Istimewa : RM1,500
Elaun Pengangkutan : RM1,500
Elaun Telefon : RM900
Elaun Pemandu : RM1,200
Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)
Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari
Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari
Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)
Lain-lain kemudahan:
Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.
b) Parking dan bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) penerbangan kelas perniagaan
i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi
j) lesen kenderaan
k) bilik kelas pertama di hospital
l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000
m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000
(KESEMUA MAKLUMAT INI ADALAH PADA TAHUN 2010)
Hebatkan gaji dan elaun mereka. Jadi, bagi mereka yang ingin mejadi ahli politik, jadilah, kerana habuannya agak lumayan. Tetapi kita perlu ingat untuk menjalankan tugas dengan adil,telus dan berintergriti kerana duit ini ialah duit rakyat, jika tidak buat kerja setimpal dengan habuannya, maka ini bermaksud anda telah menyalahgunakan duit rakyat. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
Sungguh besar tanggungjawab yang perlu digalas oleh seorang pemimpin.
ReplyDeleteseriously,.. siap ada elaun istimewa.......
ReplyDelete