Saturday 31 March 2012

Kesedaran Pancaindera

Sangat aku sedih apabila melihat bangsaku berada dalam keadaan berpecah-belah mengajar ideologi masing-masing. Sudah lebih 50 tahun bangsaku merdeka, tetapi bangsaku masih berfikiran cetek. Walaupun tanah air kian moden, tetapi bangsaku kian mundur. Kini, bangsaku telah dijajah oleh kebodohan diri sendiri. Pemikiran bangsaku yang sempit telah menyekat kebolehan bangsaku melihat keadaan tanah tumpah yang berada dalam keadaan yang mampu mengalirkan air mata. Bangsaku hanya tahu menunding jari walhal pada hakikatnya, tangan yang menunding itulah yang telah memperkosa dan meratah kehormatan tanah air yang dicintai. Bangsaku tidak sedar bahawa bangsaku telah hancur akibat agenda yang dikepalai dan dirangka oleh bangsaku sendiri. Bangsaku cuba mencari punca, tetapi akibat ketandusan kebolehan berfikir, bangsaku hanya mengikut jejak langkah sendiri, mengelilingi bulatan infiniti, tanpa menjumpai jalan penyelesaian. Pandangan bangsaku makin kabur dek kerana dihalang tembok kemewahan dan keuntungan. Nasib bangsaku yang lain, yang berada dalam keadaan susah, dilupakan dan tidak dibela akibat mengejar kejayaan duniawi. Bangsaku telah reput ditelah hawa nafsu dan sifat tamak haloba, melupakan tujuan sebenar dianugerahkan kuasa yang mapu mengubah segalanya. Bangsakulah yang menjadi dalang memimpin tanah air yang ku kasihi kelembah kehancuran. Bangsaku terlupa mengenang sejarah dan berjaya mengulangi sejarah dengan watak dan jalan cerita yang agak berbeza. Aku bukan pejuang yang berani mengobankan jiwa dan ragaku, kerana aku takut perjuangan yang kutempuhi hanya mimpi yang sia-sia. Aku hanya mampu menggunakan kuderat yang tidak seberapa untuk mengubah haluan bangsaku. Masih belum terlambat. FIKIRLAH.