Monday, 3 September 2012

Apa Perjuangan Anda.

Beberapa hari lepas, kita dengan bangganya menyambut hari kemerdekaan yang ke 55. Aku yakin ramai yang bangga, negara yang dahulunya dijajah oleh Portugis, Jepun, Komunis dan British telah mencapai satu kejayaan yang agak besar dengan memperolehi kemerdekaan. Terima kasih pada pejuang-pejuang politik terdahulu kerana telah bersatu, tak kira fahaman politik dalam memperjuangkan kemerdekaan.

Realitinya, kerajaan pada hari ini, dahulunya adalah pembangkang pada zaman British memerintah. Jika pembangkang-pembangkang terdahulu tidak wujud, maka tidak akan lahir kerajaan seperti mana yang kita lihat hari ini. Sejarah telah membuktikan, yang keadaan boleh berubah, pembangkang boleh menang dan jadi kerajaan pada zaman akan datang.

Mari kita semua buka minda, apa perjuangan kita kini. Dahulu, tak kira sama ada anda Parti Perikatan, Parti Islam Se-Malaysia, atau Parti Malaya Merdeka, semuanya mempunyai tujuan yang satu, iaitu memperjuangkan kemerdekaan. Tidak kira sama ada anda berada di mana-mana pihak, hanya satu sahaja yang berada di hati, iaitu kemerdekaan. Tetapi kini, realiti telahpun berubah. Kita tidak mempunyai tujuan yang satu. 

Perjuangan setiap parti politik pada hari ini hanyalah mempertahankan kerusi masing-masing dan merampas kerusi yang ada pada parti lain. Adakah ini cara yang sebenar untuk berpolitik? Dengan tujuan mempertahankan kedudukan inilah, setiap ahli daripada parti politik masing-masing sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan dan kemenangan parti.

Sepatutnya, perjuangan kita ialah ingin membangunkan negara kita ke arah yang lebih positif, dari segi akidah, akhlak, kemajuan ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan modal insan. Perkara ini tidak akan direalisasikan jika setiap orang daripada rakyat tidak bersatu hati, menolak perbezaan politik dan membangunkan negala kita. Setiap orang ada pendapat masing-masing, dan ini ialah pendapat saya. Apa perjuangan anda? MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH, FIKIRLAH.

2 comments:

  1. Politik itu adalah perjuangan. Namun apa yang dijuangkan itu bergantung pada ahli politik itu sendiri. Mereka meletakkan marhaen di bawah mereka sedangkan marhaen sebenarnya ada di atas mareka. Tanpa rakyat, mereka kecundang.

    ReplyDelete
  2. perjuangan mereka tidak berasaskan kepentingan rakyat tetapi hanya berasakan kepentingan keperibadi. Bagi mereka wang ringgit menjadi ganjaran, tidak seperti dahulu, ganjaran mereka ialah dihargai oleh ahli masyarakat dan melihat perubahan yang telah dilakukan. Aku bukan ahli politik untuk menilai kerjaya seorang ahli politik, aku hanya ahli masyarakat, ingin menilai kesan perubahan yang telah ditetapkan oleh mereka.

    ReplyDelete