Monday, 2 April 2012
Guna Hak Berfikir Sebelum Guna Hak Bersuara
Pemikiran manusia amat susah diselami dan difahami. Bagiku, pemikiran bangsaku yang cetek lagi terbatas telah memasang limitasi bagi bangsaku untuk berfikiran secara rasional. Dengan kebolehan yang amat menakjubkan ini, bangsaku telah berjaya menurunkan taraf bangsaku sendiri. Sangat pelik apabila sebuah karya hasil ekspresi seorang penggiat seni yang tersohor di tanah air ini telah dijadikan tempat tundingan jari bangsaku terhadap sebuah isu yang agak hangat baru-baru ini. Ya, memang isu itu telah menjadi bualan media massa sejak kebelakangan ini tetapi mari kita berfikir sejenak, adakah isu ini satu perkara yang baru? Kesilapan bangsaku ialah bangsaku terlalu ghairah membuat konklusi awal tanpa membuat kajian atau penilaian daripada segi intelektual terhadap sesebuah topik. Sejak kebelakangan ini banyak topik yang telah berjaya dibongkar oleh media massa dan dijadikan bualan hangat seantero tanah air, tetapi sedarlah wahai bangsaku, perkara itu bukan satu perkara yang baru. Perkara itu tidak diketahui oleh bangsaku kerana bangsaku terlampau sombong untuk mencari maklumat dan menimba ilmu. Bangsaku masih berada dalam konsep semasa bangsaku dijajah iaitu selagi tidak disuap, selagi itu tidak dimakan, jika disuapnya racun maka matilah semua. Bangsaku juga tidak memberikan peluang kepada seseorang untuk memberikan penjelasan, jikalau diberikan peluan pun, bangsaku hanya memekakkan telinga dan menganggap itu hanya sebuah alasan yang direka untuk mempertahankan diri. Bangsaku telah berjaya dengan cemerlangnya dalam menconteng aran ke muka bangsaku sendiri. Aku yakin bangsaku sedar perkara ini, cuma bangsaku takut untuk menghadapi realiti. Bangsaku terlalu takut terhadap kritikan yang diberi walaupun kritikan itu untuk kebaikan sendiri dan bangsaku tidak pandai memberi kritikan yang membina dan ke arah kebaikan. Dengan sifat keji itulah bangsaku telah menutup kecemrlangan masa depan bangsaku sendiri. Bangsaku takut untuk berubah ke arah kebaikan. Hentikan sifat menunding jari ini kerana sifat yang hina inilah akan menyebabkan wawasan 2020 menjadi mimpi dan hanya tinggal impian. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment