Wednesday, 11 April 2012

Teladan Bagi Kita Semua

Pada suatu hari, ada seekor burung terbang tinggi di udara. Ketika itu musim sejuk, jadi akibat tipuan angin yang sejuk itu, burung itu terus beku dan jatuh di sebuah ladang lembu. Tiba-tiba, seekor lembu melepaskan hajat besar keatas burung yang beku itu. Akibat kehangatan najis lembu itu, burung itu beransur cair. Burung itu sangat gembira kerana kini, burung itu boleh bergerak, walaupun ia ditimpa najis lembu yang besar. burung itu berkucau dan menyanyi dengan kuat dan merdu. Datanglah seekor kucing kehairanan melihat tahi berbunyi. Kucing itu mendapati terdapat seekor borung tertimbus di dalam tahi tersebut. Kucing itu menggali najis lembu itu dalam usaha membebaskan burung itu. Burung itu bertambah gembira mendapati ada seekor kucing ingin menolongnya. Selepas burung itu bebas dari  cengkaman najis lembu itu, kucing itu menemani burung itu mandi di kolam, lalu kucing itu terus memakan burung itu tanpa memberi amaran.
Konklusinya, walaupun seseorang itu membuat satu perkara kepada kita,dan kita menganggap itu satu perkara yang keji dan hina, tidak bermakna dia berniat sedemikian. mungkin niatnya ingin menyedarkan kita dan satu-satunya cara untuk mencairkan ego kita yang sekeras batu ialah dengan melakukan satu perkara yang paling kita benci. Walaupun seseorang itu menolong kita, tidak bermakna dia tiada agenda tersembunyi. Kerana kebanyakkan orang yang mempunyai kelebihan, selalu dipergunakan dan ditipu, dan akhirnya dijadikan pak sanggup atas perkara yang telah dilakukan. Akhir sekali, janganlah kita menjadi kecoh setelah mendapat sesuatu kejayaan bak ayam bertelur, riuh satu kampung. Jadilah kita seperti penyu, bertelu lalu ditimbus telurnya dengan pasir, sedangkan telurnya amat berharga. Pemimin yang hebat adalah ibarat ubi, diam tapi berisi, buakn seperti tin kosong, bising bunyinya apabila diketuk. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.

No comments:

Post a Comment