1-PILIHANRAYA: Diadakan empat tahun sekali, pilihanraya merupakan proses apabila rakyat sesebuah negara diberi mandat menentukan pemimpin dengan cara mengundi seseorang calon atau sesebuah parti. Pihak yang mempunyai majoriti undiannya dikira pemenang. Di Malaysia, proses pilihanraya diuruskan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya atau SPR. Pilihanraya di Malaysia dilindungi di bawah Akta 19, Akta Pilihanraya 1958. Pilihanraya seharusnya dijalankan secara jujur dan telus agar pemimpin yang dipilih adalah yang berkaliber dan berakhlak mulia kerana terdapat firman allah yang berbunyi. ”Seandainya penduduk sebuah negeri beriman dan bertaqwa, niscaya akan Kami turunkan keberkahan dari langit dan bumi”. QS. Al A’raf : 96.
2-DEMOKRASI: Demokrasi merupakan salah satu bentuk kerajaan yang undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Undang-undang akan digubal oleh rakyat atau wakil yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem pilihanraya. Negara yang mengamalkan sistem demokrasi diberi nama negara yang demokratik. Di Malaysia, sistem kerajaan yang diamalkan oleh negara ialah demokrasi raja berpelembagaan.
3-RAJA BERPELEMBAGAAN: Ini merupakan sebuah sistem yang mengiktiraf raja sebagai ketua negara. Menggunakan konsep politik tiga serangkai, raja dianggap sebagai ketua simbolik yang kuasanya terhad pada perlembagaan negara. Jikalau raja itu diberi kuasa yang penuh, konsep itu dipanggil monarki mutlak. Di Malaysia, Agong merupakan ketua agama dan negara. Agong dipilih daripada golongan yang terdapat dalam Majlis Raja-raja Melayu mengikut sistem giliran.
Itulah sedikit-sebanyak ilmu yang dapat dikongsi pada hari ini. Pengetahuan ini amat berharga pada semua kerana sebagai rakyat Malaysia, kita telah diberi hak dan mandat untuk memilih pemimpin kita melalui proses pilihanraya apabila menjelang umur kita 21 tahun. Kita harus peka tentang perkara ini kerana kita mestilah memilih pemimpin yang mulia akhlaknya, baik pekertinya dan adil keputusannya. Pemimpin yang terbaik seperti rasulullah dan mempunyai sifat keperibadian seperti rasulullah ialah pemimpin yang sepatutnya memimpin kita semua. Harus kita sedar yang dalam keadaan dunia yang semakin moden, terdapat banyak strategi yang telah diatur untuk memancing undi dan tegas aku katakan, janganlah kita dikaburi dan termakan dengan pujuk rayu dan janji palsu. Haruslah kita memilih pemimpin yang baik berdasarkan hadith rasulullah yang bermaksud : Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”
Konklusinya di sini, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BAIK, JANGAN LUPA SOLAT BERJEMAAN 5 WAKTU, DAN JAUHI DARIPADA HASUTAN DUNIA.
No comments:
Post a Comment