Pada hari ini , saya akan menerangkan secara mudahnya tentang subsidi. Dalam konteks negara Malaysia, subsidi ialah satu bentuk bantuan kewangan yang bertujuan untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia. Antara bahan yang mendapat subsidi ialah barangan keperluan harian seperti gula, beras, tepung dan minyak. Barangan ini ialah antara barang kawalan di negara Malaysia kerana barangan ini merupakan nadi utama rakyat negara Malaysia. Pada tahun 2012, sebanyak RM18.892 billion telah diperuntukkan untuk menjadi subsidi di negara Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak RM17 billion diperuntukkan untuk subsidi bahan api iaitu petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG), RM1.2 bilion (minyak masak), RM567 juta (gula) dan selebihnya untuk tepung gandum. Pada Buletin Utama TV3 bertarikh 18 April 2012, terdapat satu pertubuhan yang mencadangkan pemansuhan subsidi tepung gandum 25kg kerana ia hanya menguntungkan golongan peniaga dan pengusaha industri. Bagi cadangan saya pula, kita mansuhkan sahaja subsidi bagi diesel kerana kebanyakkan pengguna diesel adalah daripada pemandu lori yang membawa barangan bertujuan untuk perniagaan seperti mengangkut pasir, membawa simen atau membawa minyak. Juga kita perlu mansuhkan subsidi minyak masak yang digunakan di restoran kerana ia hanya menguntungkan peniaga restoran tersebut. Apa yang menjadi kerisauan dan keraguan saya ialah, jumlah wang yang diperuntukkan untuk subsidi tidak digunakan sepenuhnya untuk subsidi, tetapi telah diselewengkan ke arah lain. Harapan saya ialah perkara itu tidak berlaku kerana ia hanya akan memalukan rakyat dan pemimpin. MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH. FIKIRLAH.
No comments:
Post a Comment