Pada 12 Septamber 2012 jam 6 pagi waktu Malaysia, seorang duta Amerika di Libya telah mati dibedil kerana tidak sensitif terhadap isu ini. Secara peribadi, klip video ini telah membuktikan kebodohan si pembuat, iaitu seoran barbangsa yahudi Amerika kerana telah menggunakan fakta yang salah dan menyimpang dari kebenaran yang sebenar. Kesalahan fakta yang pertama ialah di dalam klip video tersebut, islam didakwa tersebar akibat peperangan. Ingin diingatkan bahawa pada ketika itu, islam tersebar kerana kemuliaan agama tersebut,yang memberikan hak kepada golongan wanita, dan kemuliaan Nabi Muhammad, yang terkenal dengan sikap yang membawa kebenaran dan mempunyai kebijaksanaan yang tinggi. Ini terbukti apabila Nabi Muhammad adalah orang yang diberikan tanggungjawab untuk meletakkan hajjarul aswad di Ka'abah (http://hajarulaswad-rawiyah.blogspot.com/). Kesalahan yang kedua dalam klip video tersebut ialah dalam filem tersebut mengatakan bahawa Al-Quran adalah satu gabungan dan dicedok daripada kitab Injil dan kitab Taurat, sedangkan telah diriwayatkan bahawa Al-Quran ialah ayat suci daripada Allah s.w.t dan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui malaikat Jibril.
Dengan kebodohan dan sikap tidak ambil peduli, akhirnya telah memakan diri sendiri. Kehidupan yang sepatutnya harmoni, telah digadaikan untuk memuaskan nafsu yang penuh dengan dengki. Aku tidak terkejut klip video itu diterbitkan kerana mereka juga sanggup menghina agama sendiri,inikan lagi menghina agama lain. Yang penting kita sedar apa itu kebenaran dan apa itu perkara yang salah. Apa yang perlu ialah kita menanamkan sifat jihad dalam diri untuk mencegah kemungkaran, tidak kira menggunakan tangan, mulut atau hati, agar kemurnian dan kesucian agama islam dapat dijaga.
Mungkin ada sesetengah pembaca yang peka mungkin bertanya mengapa aku menggunakan perkataan "Klip Video anti-islam" daripada menggunakan perkataan "Filem anti-islam" seperti yang digunakan oleh pihak media massa, ini adalah kerana "Innocence of Muslim" tidak layak diklasifikasikan sebagai satu filem kerana martabat filem adalah lebih tinggi, dan ia akan menjadi satu penghinaan kepada produser dan direktor filem jika saya mengklasifikasikan "Innocence of Muslims" sebagai sebuah filem. Ingat, penghinaan terhadap agama, atau bangsa yang lain tidak akan membawa kepada penyelesaian, tetapi hanya akan menimbulkan masalah yang lebih teruk dan buruk padahnya. Berbincanglah agak perbezaan dapat dijadikan sebagai satu kelebihan. Kini siapa yang terrorist, kita atau mereka? MASIH ADA MASA UNTUK BERUBAH, FIKIRLAH.